Ahad, Mei 27, 2012


Pada Selasa lalu, S3 membuat temu janji dengan Fizo yang kini diangkat sebagai duta serta ikon Kementerian Belia dan Sukan untuk sesi foto.

"Kak, boleh tak kita buat sesi foto di Putrajaya kerana sudah empat bulan saya asyik berulang alik di sini. Saya rasa bergambar di situ sesuai dengan acara yang akan saya lakukan nanti," katanya sewaktu kami berbincang tentang lokasi.

S3 tidak menolak cadangan itu kerana ia relevan dengan tugasan Fizo sebagai Duta Belia 2012 bagi mempromosi Program Himpunan Jutaan Belia bermula pada 23 hingga 27 Mei ini.

Fizo atau Wan Hafizol Wan Omar, 27, berkata, sepanjang lima hari acara berlangsung, dia akan berada di gerai nombor 10 berhadapan dengan Istana Kehakiman.

"Saya rasa bangga dan berbesar hati sebab diberi kepercayaan untuk menjadi duta belia bagi tahun ini. Lagipun program ini adalah antara 10 acara terbesar negara.

"Perhimpunan ini menampilkan 38 segmen yang menyediakan kira-kira 500 aktiviti yang tersusun di laluan sejauh enam kilometer dengan 24 pentas dibangunkan untuk dikunjungi orang ramai. 

Saya harap golongan belia mengambil peluang mengikuti setiap aktiviti yang diadakan ini," katanya.

Tolak tawaran berlakon

Sejak sibuk dengan program ini, Fizo mengaku yang dia telah menolak banyak tawaran berlakon drama bersiri dan telefilem. Drama terakhir lakonannya adalah Cinta Buat Emelda yang sudah pun disiar di TV3.

Apabila ditanya, berbaloikah dia menolak tawaran berlakon, sedangkan dalam tempoh empat bulan itu Fizo ibarat 'penganggur'.

"Kalau nak dihitung, adalah lebih 20 tawaran yang terpaksa ditolak dalam tempoh saya berurusan dengan kementerian. Nak kata menyesal, tidak.

"Bagi saya, ini satu tanggungjawab dan baik untuk masa depan. Sejak berurusan dengan kementerian, banyak perkara yang dipelajari. 

Saya sudah memperbaiki cara berkomunikasi kerana sebagai duta, saya perlu menyampaikan ceramah motivasi di sekolah. Ia satu pengalaman baru dan saya suka," katanya.

Fizo yang akan kembali aktif berlakon pada bulan depan berkata, 2012 merupakan tahun tuah untuknya. Selain dilantik sebagai duta belia, dia juga telah menghasilkan buku masakan, Air Tangan Fizo Omar dan bakal mengeluarkan minyak pelincir untuk mengembangkan perniagaan.
Categories:

0 comments:

Catat Komen

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping