Selasa, Jun 26, 2012


Dulu orang kata Politik dan hiburan ni adalah dua perkara yang berbeza. Ada orang pesan, jangan campurkan dua perkara ni sebab ianya tak de kena mengena.

Malah, ada jugak dikalangan blogger yang buat cerita artis diboikot oleh sesetengah blogger lain hanya semata - mata enggan dengar cakap orang lain.

Tapi hakikatnya, sekarang dunia artis dan dunia Politik tu sudah menjadi satu. Ianya tidak dapat nak dipisahkan lagi sejak artis pun mula berkecimpung dalam Politik.

Bagi Semut, tidak kira sama ada orang tu artis ke, penjual burger ke, tukang kebun ke atau sesiapa sahaja, sudah pasti Politik akan melingkari hidup dia.

Seperti kata Umar Al Khattab. Politik ini berkaitan dengan hubungan sesama manusia. Didalam agama memang ada wujudnya Politik atas dasar prinsip tersebut.

Melihat kepada perkembangan tersebut, sekarang, media hiburan pun dah mula berminat untuk menyiarkan berita mengenai Politik dalam laman web mereka.

Malah, satu forum khas bagi membincangkan perkara tersebut turut bakal diadakan kelak. Jadi memang tak salah la kalau kami 'blogger artis' ni buat cerita artis dalam blog Politik. Sebab Politik dan artis sekarang pun tak dapat dipisahkan jugak!!!
Gua.com - Satu forum khas yang membincangkan mengenai isu artis berpolitik akan diadakan pada 8 malam, 28 Jun ini di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur – Selangor, Jalan Maharajalela, Kuala Lumpur.


Bertajuk “Artis Berpolitik: Sekadar Glamor Atau Kerana Prinsip, forum tersebut akan menampilkan tiga orang penggiat seni tempatan yang kini semakin aktif dalam kegiatan politik. 
Mereka terdiri daripada Hasmi Hashim atau lebih dikenali sebagai Budhi Hekayat yang juga merupakan penulis lirik lagu Awan Nano, Presiden Seniman, Zed Zaidi dan terbaru pelakon Hairie Othman yang baru saja mendedahkan dirinya sebagai ahli PAS.


Forum tersebut akan dimudahcara oleh Najwan Halimi.



Pastinya peminat personaliti-personaliti tersebut ingin mengetahui apakah punca dan objektif mereka melibatkan diri dalam dunia politik setelah masing-masing menceburi bidang seni.



Ada juga yang berpendapat golongan artis menceburi politik hanya sekadar glamour atau pun mungkinkah ada prinsip yang mereka perjuangkan. Forum ini akan membongkar apa yang terpendam dalam hati mereka.



Dianjurkan oleh Akademi Pak Sako, peminat dijemput hadir dan masuk adalah percuma.
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping