Selasa, Jun 11, 2013


Bagi SH, memang betul Si Harun Taib ni tak pandai berpolitik. Sebab itu dia jadi Ketua Dewan Ulama PAS. Jadi, untuk apa lagi diorang mempersoalkannya?

Kalau Si Harun Taib tu pandai berpolitik, dah tentu - tentu dia akan jadi Ketua Dewan Politik dalam PAS. Tak de la dia jadi Ketua Dewan Ulama.'

Itu pasal la orang cakap, bab Politik ni lain dari perjuangan Islam. Memang betul dalam Islam ada Politik. Tapi, tak la sampai Islam tu dijadikan sebagai modal Politik.

Bagi orang macam Si Harun Taib ni, dia menyertai PAS sebab PAS kata nak menegakkan Islam. Tetapi malangnya, PAS tak jugak berjuangan ke arah itu.

PAS sejak akhir - akhir ini hanya memperjuangkan Politik dan menjadikan Islam sebagai alat untuk mereka meraih undi. Itu pasal kritikan Harun Taib dipandang sinis.

Maka tak heran la kalau Si Harun Taib ni menjadi mangsa kutukan dan cacian dari kalangan penyokong - penyokong PAS sendiri kerana dia hanya tau nak menegakkan Islam.

Bila dia bukak mulut bercerita pasal Politik, dah tentu - tentu sumbang bunyi dia. Politik bukan satu punca kekuatan untuk Harun Taib.

Itulah yang terpaksa diterima oleh Si Harun Taib tu. Bila dia bersuara, dah tentu - tentu akan ada orang yang mengkritik sebab dia tak memperjuangkan Politik.

Hakikatnya, nasib orang macam Si Harun Taib ni memang begitulah nampaknya. Waima dia pegang jawatan yang besar dalam parti, tapi suara dia tetap dianggap sumbang sebab dia didakwa tak pandai berpolitik!!!
Kata Harun Taib beliau tidak setuju kalau himpunan diadakan untuk melakukan revolusi, sebaliknya dia setuju kalau himpunan secara aman dengan mengadakan ceramah. Kerana ujarnya cara itu pernah dibuat oleh Pas.

Kenyataan beliau ini seperti dia menarik balik kenyataannya sebelum ini yang tidak setuju dengan himpunan politik seperti Black505 bagi membantah keputusan pilihan raya umum ke-13 yang didakwa tidak ada dan jahat. Justifikasinya untuk menarik kenyataan itu ialah kerana parti (Pas) bersetuju dengan himpunan Black505. 

Semalam mesyuarat jawatankuasa Pas membuat keputusan semua ahli Pas diarah menghadiri himpunan Black505 pada 15 Jun ini di Padang Merbok Kuala Lumpur. 

Harun juga mengakui pendapat beliau sebelum ini yang melarang himpunan Black505 adalah pendapat peribadi. Walaupun Ketua Urusan Dewan Ulama' ini akur dengan kehendak parti tetapi alasan diberikan untuk membolehkan himpunan diadakan masih mengelirukan, ertinya bukan persetujuan 100 peratus. 

Dia bersetuju kalau himpunan itu bukan untuk melakukan revolusi? Apakah Harun Taib ini faham atau tidak dengan politik? Atau beliau bercakap dari atas bendul rumahnya dan mengikut perasanya sendiri saja? Apakah politik yang beliau faham dan apaklah politik yang beliau tidak faham? - MSO
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping