Khamis, September 18, 2014

Huh!!! Kali ini nak kata ianya khabar angin susah jugak. Nak kata ianya sengaja direka - reka, tak masuk akal. Tapi kemungkinan tu tetap wujud.

Dengar kata, hari Selasa ni Selangir akan dapat Menteri Besar baru. Majlis angkat sumpah akan dijalankan pada jam 10.30 pagi di istana Shah Alam.

Menurut satu sumber, semua kad jemputan telah pun diedarkan kepada Penghulu Mukim dalam Negeri Selangor berkaitan dengan majlis tersebut hari ini.
SHAH ALAM 18 Sept. - Majlis angkat sumpah Menteri Besar Selangor yang baharu akan diadakan di Istana Alam Shah, Klang pada Selasa ini.


Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Munir Bani mengesahkan perkara itu dan menyatakan majlis akan bermula pada pukul 10.30 pagi. - Utusan
Soalnya sekarang, siapa yang akan diangkat menjadi Menteri Besar bagi menggantikan Si Khalid Ibrahim tu? Adakah Si Wan Azizah juga akan terpilih?

Kalau dengar dari khabar angin yang tersebar dilaman media sosial, nama Si Azmin Ali tu yang naik. Tapi perkara tu masih tidak dapat dipastikan.

Kemungkinan jugak nama dari kalangan ADUN - ADUN PAS sebab nama diorang pun turut ada dihantar oleh parti tersebut sebelum ini. Jadi, ianya tak mustahil.

Malah, ada jugak yang kata, nama ADUN PAS yang disebut - sebut menggantikan Si Khalid Ibrahim. Maka sebab itu Si Ketua Penipu tu boikot Perasmian Muktamar hari ini.

Apa - apa pun, kita tunggu penjelasan lanjut dari pihak yang berkenaan. Main dengar khabar angin ni pun bukannya boleh percaya sangat. Takut nanti, ada pulak yang terjun dari jambatan!!!
Categories:

1 ulasan:

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping