Halaman

Khamis, April 23, 2015

KAJANG BANJIR, WAN AZIZAH TIDO LAGI KE???

Haduyai!!! Patut la puak - puak PAS tu beria - ia tak nak Si Wan Azizah ni jadi ADUn bagi kawasan Kajang tu sebelum ini. Rupanya, memang sah dia tak reti nak buat kerja sebagai wakil rakyat.

Kalau sebelum ini, sewaktu nak melaksanakan agenda Langkah Kajang, bukan main lagi diorang menjaja cerita kononnya Si Wan Azizah ni mampu untuk menunaikan janji - janji yang telah ditaburkan.

Tapi, bila dia dah dapat kuasa, bila dia dah jadi wakil rakyat, satu hapah kerja pun dia tak buat. Sampaikan isu kawasan Kajang tu sendiri pun masih lagi dilanda banjir kilat secara berterusan.
Soalnya, apa yang telah dilakukan oleh Si Wan Azizah ni? Kenapa isu banjir di Kajang tu masih lagi tak mampu untuk dia selesaikan? Takkan selama dia jadi wakil rakyat ni, dia tidur je kot.

Kalau nak kata kawasan dia tu dipinggirkan oleh pentadbiran Negeri, tak masuk akal Yang jadi pemerintah di Selangor ni pun bukannya orang lain melainkan Timbalan Presiden parti dia sendiri.

Takkan pulak Si Azmin tu sengaja je nak sabotaj Si Wan Azizah ni dan tak ambik sebarang tindakan yang lebih efektif untuk mencegah serta menyelesaikan isu banjir kilat dikawasan Kajang tu?
Ke Si Azmin tu memang sengaja buat - buat tak tau tentang isu yang kerap kali melanda kawasan DUN Si Wan Azizah tu? Mana la tau ye tak. Si Azmin tu memang suka main tikam belakang. Jangan lepas ni dia boleh pulak bagi alasan kata dia tak kenal siapa Wan Azizah tu sudah la!!! Naya wooo!!!

2 ulasan:

  1. biaq pi lar..dah cina2 dan melayu Kajang nak wan jijah..tanggung jer lar

    BalasPadam
  2. Azmin; siapa adun Kajang, saya tak kenal pun
    Kihkihkih

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.