Isnin, September 11, 2017

Bukan baru sekali DAPigs didapati membuli kaum wanita dalam Politik. Tetapi hakikatnya, DAPigs dah banyak kali memperlekehkan wanita yang memegang jawatan didalam partinya sendiri.

Contoh paling mudah ialah bekas ADUN Teratai, Janice Lee yang sebelum ini telah digugurkan dari menjadi calon dalam Pilihan Raya Umum dan dipecat dari menjadi ahli parti tersebut.

Janice dipecat hanya semata - mata kerana dia bangkit mempersoalkan mengenai ketelusan pucuk pimpinan parti itu didalam pemilihan CEC DAPigs yang didakwa wujud penyelewengan.

Malah bekas Setiausaha Publisiti DAPigs Selangor itu dilaporkan juga turut dihalang dari menghadirkan diri ke konvensyen parti walaupun sebagai seorang pemerhati bebas.

Inilah tahap pemikiran parti pembangkang di Malaysia. Sudah banyak kali mereka hanya sekadar pandai beretorik dalam Politik sedangkan tindakan mereka jauh bertentangan sama sekali .

Satu lagi contoh ialah apabila Wanita Pakatan yang diketuai oleh DAPigs melancarkan kempen "Toksik Politik" yang mengecam tindakan emansipasi wanita, seperti membuli, seksis dan dakwaan terpilih.

Walaupun kempen itu tidak ditujukan kepada pihak yang berkenaan secara spesifik, tetapi sudah tentunya kempen politik itu adalah bagi tujuan untuk memburukkan UMNO dan Barisan Nasional.

Cuma yang kelakarnya kempen dilancarkan ini sebenarnya mendedahkan pekung mereka sendiri di mana ianya berlaku kepada kepada pemimpin wanita dalam Pakatan iaitu YB Dr Norlela.

ADUN PKR Penanti itu pada ketika ini sedang dibuli, dipulau dan dihentam oleh pihak Rejim DAPigs Pulau Pinang yang dipimpin oleh Lim Guan Eng selaku rakan dalam Pakatan Haprak tu sendiri.

Sekarang ini YB Dr Norlela secara berseorangan terpaksa menghadapi "toksik politik" akibat dari tindakan dia yang mahu membela rakyat yang mengundi dia dalam Pilihan Raya Umum yang lalu. 

Dan yang bertambah IRONIKnya ialah apabila Speaker dan ADUN DAPigs Subang Jaya juga turut men-"toksik"-kan Norlela secara terbuka didalam status yang dimuat naikkan ke laman media sosial.

Wakil Wanita DAPigs Selangor oitu secara terbuka menganggap YB Penanti tu menangis dan merengek seperti budak - budak kecil yang mahu semua kemahuannya dituruti oleh pucuk pimpinan parti.

Dalam erti kata mudahnya, puak Pakatan Haprak ni cakap je nak membasmi gejala membuli wanita melalui kempen "Toksik Politik" mereka sedangkan dalam masa yang sama, mereka juga turut membuli pemimpin wanita mereka sendiri secara terbuka!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping