Jumaat, Disember 08, 2017

Kata pepatah Melayu, Sepandai - pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga. Begitulah apa yang berlaku kepada Azmin Alipada ketika ini. Tapi bezanya, dia jatuh ke dalam longkang.

Segala macam gejala rasuah dan salah guna kuasa di Selangor telah didedahkan kepada umum. Tapi, Si Azmin Ali tu hanya berdiam diri dan cuba menuduh ianya sebagai satu konspirasi.

Walaupun isu pegawai khasnya Hilman Idham dan perbagai kes didedahkan dia masih sempat melepaskan diri kerana berjaya memainkan peranan sebagai agen dengan mengikut skrip.

Namun sesuatu yang Azmin tidak sedar ialah seorang budak bergelar ‘Aboy’ atau Mohd Nuzul Fadli Mohd Noriyualsaid anak saudara Azmin Ali yang paling dipercayai ditahan SPRM.

Beliau sering dilihat bersama Azmin dalam mesyuarat penting, program dan lain-lain. Aboy seorang penganggur dan lebih tepat digelar sebagai orang tengah yang menjadi ‘Brooker’ projek.

Semua projek lombong pasir, batu yang boleh menggunakan kelulusan dari MB Selangor digunakan sehabis - habisnya. Belum dikira kehidupan mewah yang pamerkan dalam laman media sosial. 

Pelbagai aduan telah dibuat kepada SPRM. Namun kes yang melibatkan anak saudara Azmin itu begitu menjolok mata dan mendapat tekanan dari perbagai pihak termasuk keluarganya sendiri.

Akhirnya pada 29 November 2017 ‘Aboy’ ditangkap di kediamannya A-21-13 Desa Pandan Kuala Lumpur bersama RM4juta . Dikatakan dalam sesi soal siasat banyak yang terdedah, termasuk peranannya selaku proksi.

Dia antara anak muda jutawan segera yang dilahirkan Azmin Ali. Tugasnya membontoti Azmin dan mampu tinggal di Kondomium G-Residence yang mewah. Bukan calang anak muda duduk di rumah ini.

Tapi, Azmin cuba mengalihkan isu dengan menyatakan ia konspirasi ke atas dia hanya kerana beberapa pihak mendedahkan awal mengenai tindakan SPRM terhadap anak saudaranya.

Dilaporkan SPRM sudah mendapat maklumat lanjut mengenai beberapa lagi anggota keluarga Azmin yang sangat kaya – raya ketika sesi soal siasat. Media arus perdana juga melaporkan ada beberapa keluarga rapat Azmin sudah diletakkan dalam radar SPRM!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping