Jumaat, Mac 23, 2018

Akibat malas membaca, Ketua Pemuda PPBM Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sekali lagi dikritik netizen kerana membuat rumusan awal daripada tajuk berita tanpa memahami keseluruhan artikel.

Syed Saddiq menerusi twitternya membidas kenyataaan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang bercadang meningkatkan gaji pekerja tempatan yang berkemahiran kepada RM3,500.

Walhal, cadangan untuk meningkatkan gaji minima kepada RM3,500 adalah bagi pekerja berkemahiran tinggi sahaja dan bukannya kepada semua sektor seperti yang dicadangkan oleh Pakatan.

Zahid ketika membuat cadangan tersebut berkata, tangga gaji tersebut menyamai gaji pekerja mahir asing yang bekerja di Malaysia pada ketika ini.

Bercakap kepada wartawan selepas merasmikan Ekspo TVET semalam, Zahid berkata, ianya juga sebagai usaha menggalakkan lebih ramai anak muda menceburi jurusan Latihan dan Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Ujarnya, gaji minimum ditawarkan kepada pekerja mahir tempatan kini adalah RM1,200 dan beliau mencadangkan menjelang 2030, gaji tersebut dapat ditingkatkan kepada RM5,000.

Lantaran itu, tidak hairanlah Syed Saddiq dibidas netizen dan ada yang menggelarkan beliau sebagai dungu. Seorang pengguna twitter membalas tweet Syed Saddiq menggesanya membaca keseluruhan artikel sebelum membuat rumusan awal.

“Bro, boleh tak baca kenyataan penuh dan berhenti memutarbelit. Adakah kamu begitu bodoh dengan hanya membaca tajuk sahaja?” tweet @yusof_haq.
Sementara Farah Harith berkata:” penjelasan ada didalam artikel. Samaada kamu dungu yang memilih untuk membaca tajuk atau kamu dengan mudahnya mengabaikan fakta untuk mengapi-apikan si dungu lain yang hanya membaca tajuk, dan tweet bodoh kamu sahaja”.
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping