Halaman

Ahad, November 28, 2010

Bagai Isi Dengan Kuku

...The Sivaji??? Ceit, Pooodah!!!...

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Kongres PKR yang masuk hari kedua semalam terus dihiasi dengan siri demonstrasi dan kekecohan oleh individu yang tidak berpaus hati dengan pemilihan parti tersebut.

Demonstrasi itu berlaku ketika Setiausaha Agung PKR membentangkan laporan tahunannya. Ianya diketuai oleh bekas Bendahari PKR Selangor, S. Kottapan yang membawa sepanduk mengkritik Anwar Ibrahim kerana didakawa banyak melakukan penipuan dalam pemilihan.

Keadaan bertambah kecoh apabila sekumpulan anggota keselamatan cuba menghentikan demonstarsi tersebut.

Anggota keselamatan itu juga turut mengugut pemberita yang hadir agar tidak membuat sebarang liputan mengenai insiden yang sedang berlaku itu.

Kottapan yang ditemui selepas insiden itu berkata beliau terkilan dengan kejadian tersebut kerana PKR sendiri yang membenarkan ahlinya membuat demonstrasi aman demi menyuarakan ketidakpuasan hati mereka.

Itulah PKR sebenarnya. Mereka hanya menghalalkan perkara tersebut jika ianya menyebelahi mereka. Jika ianya tidak menyebelahi mereka, perkara itu tidak akan dibenarkan malah ianya akan dikutuk.

Demonstrasi bagi mereka seperti darah daging, bagai isi dengan kuku. Tetapi jika demonstrasi itu dilakukan terhadap mereka, ia akan tentangan dan cemuhan oleh pemimpin mereka.

Mereka bertindak seolah - olah mereka tidak boleh ditegur dan ahli atau mana - mana pihak tidak layak melakukannya. Beginikah caranya mereka akan memerintah kelak? Wallahualam.

Fikir - fikirkanlah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.