Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Sebelum ini Presiden UMNO, Datuk Seri Najib menyeru kepimpinan UMNO disemua peringkat agar dapat menjadikan parti itu sebagai sebuah parti yang inklusif.
Inklusif bermaksud tidak ada yang terkecuali dan tanpa mengira kasta serta kedudukan semata - mata. Semua peringkat adalah sama dan semuanya perlu bergerak seiringan.
Malah sebagai Pengerusi Barisan Nasional Malaysia, beliau juga berharap agar pendekatan tersebut dapat turut dilaksanakan oleh parti - parti komponen yang lain.
Dengan memperkenalkan keanggotaan bersekutu dan keanggotaan bergabung secara terus pendekatan itu sedikit sebanyak mampu menarik minat serta menjadi platform baru kepada generasi muda mendekati politik.
Kelulusan tersebut datang dengan garis panduan yang akan ditentukan oleh Jawatankuasa Tertinggi BN yang bakal dijelaskan oleh Datuk Seri Najib.
Dengan adanya keanggotaan seperti ini, dijangkakan BN mampu menarik minat golongan muda terutama mereka yang telah berdaftar sebagai pengundi selepas PRU 2008 yang lalu.
Semut melihat pendekatan ini sebagai satu perkembangan baru dalam dunia politik Malaysia yang memikirkan mengenai generasi akan datang dan lebih mesra dengan golongan Muda.
Diharapkan agar kaedah ini mampu menarik minat anak - anak muda mendekati semula politik dan seterusnya mewarisi kepimpinan Negara dimasa akan datang. Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.
Ps: Sumber Malaysian Digest dan Utusan Malaysia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.