Assalamaulaikum dan Salam 1Malaysia.
Sudah menjadi kebiasaan mereka agaknya. Bila setiap kali ada dikalangan pemimpin mereka yang bertindak keluar parti, semuanya tak betu. Semuanya tak kena.
Pengerusi PKR Negri Pahang, Fauzi Rahman mengecam tindakan Zaid yang keluar parti semalam umpama satu suara sahaja dalam PKR.
Menurut beliau sebelum ini pun sudah ramai pemimpin PKR yang keluar tetapi ternyata tidak ramai yang mengikut jejak langkah mereka.
Beliau turut menyatakan tindakan Zaid itu hanya merupakan satu tindakan bersifat peribadi dan tidak menjejaskan perjuangan.
Beliau menyatakan demikian dalam satu sesi sidang media sempena kunjungan Anwar Ibrahim ke Kuantan semalam.
Buat sidang media masa Ketua Penipu nak datang je ke? Kenapa sebelum ini beliau hanya berdiam diri? Nak kipas Ketua Penipu la tu agaknya.
Kalau Zaid keluar PKR disifatkan tindakan peribadi, bagaimana pula dengan beliau? Adakah sewaktu beliau keluar UMNO dulu bukan atas alasan peribadi?
Adakah beliau keluar UMNO dulu bukan sebab kecewa tidak dicalonkan semula untuk menjadi wakil rakyat? Atau adakah beliau sebenarnya cuba memuhasabahkan diri? Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.
Ps: Sumber Sinar Harian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.