...Tepat Dari Sumber? Ceit, Pigi Dah!!!...
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Kalau posting Semut sebelum ini mengisahkan ke rendah hati Tok Jan mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Pusat atas bantuan mangsa banjir di Kedah.
Di Pulau Pinang pula, ADUN BN mendesak agar lidah perjuangan PAS Harakah agar memohon maaf kepada beliau. Muhamad Farid Saad (BN Pulau Betong) memberi tempoh dua minggu kepada akhbar tersebut supaya memohon maaf berhubung laporan yang tidak benar mengaitkan beliau.
Kata beliau, jika mereka gagal berbuat demikian dalam tempoh 14 hari, beliau akan mengambil tindakan undang - undang.
Muhamad Farid mendakwa, akhbar itu telah memutar belitkan kenyataan dalam forum yang bertajuk "Isu Penghakisan Tanah Melayu Pulau Pinang: Apakah Jalan Penyelesaian" anjuran Yayasan Bina Ilmu 10 November lepas.
Jelas bahawa akhbar lidah pembangkang seperti Harakah ini sering kali membuat dakwaan yang tidak berasas serta tidak benar belaka. Lagi pemimpin mereka nak kata akhbar arus perdana lain berat sebelah.
Agaknya pemimpin pembangkang serta editor akhbar mereka ini memang jenis orang yang tak bercermin diri sebelum membuat apa - apa kenyataan. Kalau mengadap cermin pun, cermin pecah sebab banyak sangat penipuan yang dilakukan mereka. Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.