Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
PAS yang kita kenali adalah sebuah parti politik yang diketuai oleh orang politik yang memperjuangkan Islam sebagai dasar perjuangannya.
Tetapi sejauh manakah PAS mampu membawa dakwah Islam ke dalam politik sehingga hari ini masih menjadi persoalan.
Mereka sering menyalahkan UMNO kerana gagal membendung masalah sosial dikalangan masyarakat. Tetapi apakah pula fungsi mereka apabila soalan yang sama diajukan kepada mereka? Adakah mereka juga menjalankan kerja - kerja dakwah kepada rakyat secara keseluruhan bagi membendung masalah ini daripada ianya berpanjangan?
Yang hanya mereka nampak dan alasan yang biasa mereka berikan "Itu urusan Kerajaan. Bukan tanggungjawab kami." Habis, apakah relevannya mereka memperjuangkan Islam sebagai wadah politik mereka?
Sedangkan dalam pakatan mereka sendiri pun, aktiviti dakwah Islam ini gagal dilaksanakan. Sebagai contoh, Isu Perwakilan PKR dalam Kongres yang diadakan baru - baru ini.
Apakah tidak ada lansung wakil dari golongan Melayu Islam yang mampu membawa perkara yang sama? Kenapa wujud seorang wakil yang berbangsa bukan Islam memberi tafsiran ayat suci Al - Qur'an? Malah tafsiran itu jelas jauh dari maksud sebenarnya.
Ia bukan sahaja membuktikan bahawa PAS gagal dalam mentarbiahkan ahli PKR tetapi ahli PKR yang Islam juga dilihat jahil dalam bab tersebut.
Kenapa Presiden, Ketua Wanita dan Ketua AMK tidak pula menggunakan ayat Suci Al-Qur'an dalam ucapan mereka? Tak mungkin mereka tak tahu mengenainya.
Ini bukan soal sama ada salah atau tidak bukan Islam baca Al-Qur'an. Tetapi tafsir yang diberikan itu ternyata jauh sekali maknanya.
Inilah bentuk penyelewengan yang dilakukan secara terang - terangan oleh ahli PKR. Tetapi rakan sekutu mereka PAS hanya mendiamkan diri dan jelas gagal mentarbiahkan mereka.
Adakah mereka masih mahu menegakkan benang yang basah? Semut percaya, mereka pasti akan mengeluarkan fatwa baru bagi membenarkan perkara ini berlarutan. Wallahualam.
Surah an-Nisa` ayat 140: Dan sesungguhnya Allah telahpun menurunkan kepada kamu (perintahNya) di dalam Kitab (Al-Quran), iaitu: apabila kamu mendengar ayat-ayat keterangan Allah diingkari dan diejek-ejek (oleh kaum kafir dan munafik), maka janganlah kamu duduk (bergaul) dengan mereka sehingga mereka masuk kepada memperkatakan soal yang lain; kerana sesungguhnya (jika kamu melakukan yang demikian), tentulah kamu sama seperti mereka.
Fikir - fikirkan lah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.