Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Kalau setakat bercakap dengan pemimpin PKR ni, ibarat menghabiskan air liur sahaja. Dah berapa kali ahli mereka diperingkat akar umbi mendesak agar Pemilihan MPP dimansuhkan dan dibuat semula?
Setakat ini, sejauh mana keberkesanannya? Adakah pemimpin tertinggi mereka dengar rintihan ahli - ahlinya? Tidak.
Apa yang mereka kata perjuangan untuk ahli dan rakyat hanya Retorik dan Bohong semata - mata.
Nak pulak Setiausaha Agung PKR, si Ciputdin tu. Mana dia nak dengar apa yang ahli suarakan. Agaknya bagi beliau suara ahli tu macam suara Semut. (Pernah dengar suara Semut?).
Jadi, seumpama anjing menyalak bukit jugalah jika ada mana - mana pihak yang mahu Kongres Nasional PKR ditangguhkan.
Kata Tian Chua, kongres tersebut akan tetap diteruskan walaupun berhadapan dengan tindakan undang - undang.
Lihat bagaimana rentak tari mereka dalam menghadapi kemelut yang sedang melanda. Ada mereka utamakan suara ahli dan akar umbi? Malah undang - undang sedia ada pun sanggup mereka langgar.
Jadi adakah masih kita mahu menaruh harapan kepada mereka untuk memimpin kita dimasa akan datang? Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.
Ps: Berapa ramai pula yang akan hadir dalam Konvensyen PKR nanti ye? Sedangkan dalam Pemilihan tak sampai 10%, pun tak reti bahasa lagi ke?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.