Halaman

Rabu, November 17, 2010

Media Itu Penting

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Dalam menghadapi isu banjir serta larangan membuat liputan di Sidang Dewan Undangan Negeri Kedah baru - baru ini, jelas media memainkan peranan yang penting.

Kedua - dua isu tersebut menjadikan Menteri Besar Kedah itu berasa tidak puas hati kerana tidak ada sebarang liputan yang dibuat mengenai sumbangan dan bantuan dari Kerajaan Negeri.

Maka jelas bahawa sebarang tindakan yang dibuat oleh kedua - dua belah pihak, sama ada Kerajaan Barisan nasional mahupun Kerajaan Pembangkang amat memerlukan media sebagai sumber penyampaian kepada rakyat.

Ianya memang sudah lama menjadi keutamaan kepada mana - mana pihak. Selain melaporkan berita terkini, Media juag turut berfungsi memberi publisiti kepada sesiapa sahaja yang tahu mengeksploitasikannya.

Malah Tengku Razaliegh sendiri mengakui peranan media banyak membantu dalam PRK Galas walaupun pada peringkat mulanya beliau beranggapan media tidak diperlukan.

Namun, Semut sedikit kesal kerana masih ada pihak yang tidak melihat media sebagai senjata utama dalam perjuangan. penyebaran propaganda melalui media ini masih lagi dipandang remeh oleh sesetengah pihak.

Kebanyakkan pendirian tersebut datangnya dari Negeri - Negeri yang merasakan diri mereka masih selamat. Oleh itu mereka merasakan media tidak berapa diperlukan dalam memantapkan jentera parti mereka.

Persoalannya, bagaimana hendak menyedarkan mereka ini dari terus berada dalam Zon Selesa atau Comfort Zone? Bagaimana lagi cara yang perlu diambil untuk menyedarkan mereka ini mengenai kepentingan media?

Jangan sampai dah terantuk, baru nak tengadah. Bila dah kalah nanti, jangan salahkan orang lain yang kerana tidak memberi kesedaran mengenai perkara ini sudah lah. Wallahualam.

Fikir - fikirkan lah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.