Halaman

Rabu, November 24, 2010

PKR Ada Ahli Hantu Ke???

selangor pkr briefing crowd

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

PKR kini dilanda pelbagai spekulasi dan persoalan. Namun kebanyakkannya tidak mampu dijawab oleh pemimpin atasa mereka.

Kini timbul satu lagi perkara yang dibangkitkan dan menjadi tanda tanya mengenai Parti Keldaikan Rakyat itu. Betulkah keahlian PKR seramai 400ribu orang?

Dakwaan itu turut menjadi tanda tanya beberapa pihak termasuk kebanyakkan bekas pemimpin parti itu sendiri.

Sehingga kini dakwaan ahli PKR seramai 400ribu orang itu gagal dibuktikan sama ada menerusi rekod bertulis mahupun jumlah ahli yang keluar mengundi minggu lalu dimana ianya hanya menyaksikan sebanyak 10% daripada jumlah keseluruhan yang dikatakan ahli.

Bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari berkata saiz keanggotaan parti itu amat diragui bahkan sebelum ini tiada satu rekod pun yang dapat membuktikanya.


Malah beliau mencabar PKR agar dapat membuktikan dakwaan mereka itu. Namun jika dakwaan itu benar, maka ianya bermakna sebahagian besar ahli PKR tidak mengambil bahagian dalam proses pemilihan parti.

Ia juga turut membuktikan bahawa ahli PKR sebenarnya membuat protes secara halus bagi menentang ketidak adilan dalam pemilihan tersebut.

Inilah yang dikatakan alang - alang celup pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Alang - alang menipu biar sampai habis - habisan. Sampaikan jumlah keahlian pun mereka mahu menipu juga?

Namun tidak kiralah berapa bilangan ahli sebenar PKR, mereka tetap lebih kecil dari PAS dan DAP. Tetapi sebab kurang pandai pemimpin DAP dan PAS, mereka sentiasa di'bonggok - bongok'kan oleh PKR. Wallahualam.

Fikir - fikirkan lah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.