Halaman

Jumaat, November 19, 2010

PKR Disaman???

...Bantahan Di Teruskan Ke Mahkamah...

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Kalau dulu, alasan peguam mereka badan pertubuhan (Felda) tidak boleh saman rakyat (PKR) kerana membuat fitnah. Kononnya mereka (Suara Keadilan) dakwa Felda bankrap. Senyap begitu sahaja kes tersebut.

Kali ini apa pula alasan yang akan diberikan oleh peguam mereka agaknya ye? Tindakan menyaman parti itu dilakukan oleh Bekas Timbalan Setiausaha Agung PKR, P.Jenapala bagi memohon agar mahkamah mengishtiharkan pemilihan parti tersebut sebagai tidak sah.

Beliau turut memohon injuksi bagi menghalang pengishtiharan mana - mana calon dalam pemilihan tersebut.

Beliau selaku plaintif memfailkan saman terhadap Wan Azizah, Syed Husin Ali dan Saifuddin Nasution sebagai defendan.

Tindakan apa pula yang bakal diambil oleh ketiga - tiga defendan ini nanti? Tidak pernah lagi Semut dengar dalam pemilihan parti lain termasuk UMNO mahupun parti komponen lain dalam BN yang berhadapan saman dimahkamah.

Maka, layaklah PKR digelar parti pertama yang paling kecoh dan huru - hara sebab pemilihannya dilihat sumbang. Mahu salahkan orang lain lagi selepas ini? Wallahualam.

Fikir - fikirkan lah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.