Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Sebelum ini, blog Papa Gomo menyiarkan kisah mengenai rusuhan yang berlaku di hadapan Ibu Pejabat PKR semalam.
Lebih daripada 500 orang ahli parti itu berhimpun bagi membantah proses pemilihan yang sedang berlansung sebagai tidak telus.
Mereka membawa bersama 20 kain rentang dengan tulisan diantaranya berbunyi "Keadilan Tidak Adil" dan "Shame On You Anwar".
Kumpulan itu diketuai oleh Bekas Timbalan Setiausaha Agung PKR Pusat, P. Jenapala turut menyelar tindakan Anwar yang 'pilih kasih' dengan sepanduk yang berbunyi "Anwar Love Azmin. Take Your Love Out Of The Party".
Jenapala menjelaskan kepincangan dan kemelut dalaman PKR menjejaskan peluang mereka untuk ke Putrajaya.
Semut hairan juga dengan fungsi Kak Wan sebagai Presiden. Kenapa beliau terus diam membisu dengan segala kemelut yang berlaku ini? Kenapa suara beliau tidak didengari tatkala suara akar umbi semakin kuat membuat bantahan?
Adakah beliau takutkan Anwar dan Azmin? Jika benar, bermakna Presiden PKR itu tidak layak menjadi pemimpin tertinggi parti tersebut. Lebih baik letak jawatan dan beri kuasa penuh kepada Azmin sahaja.
Kalau sudah Presidennya tidak ada maruah yang perlu dipertahankan, apa lagi dengan partinya. Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.