Halaman

Selasa, November 16, 2010

Shamsul Ketot Sindir Anwar

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Satu kenyataan dari Ketua Angkatan Muda Keadilan hari ini agak melucukan. Beliau yang kononnya ingin mengingatkan pemimpin PKR lain supaya keluar dari parti tersebut jika ada agenda.

Menurut beliau, sikap hanya mahu merebut jawatan dan perjuangan demi kepentingan peribadi tidak akan menguntungkan parti.

Sebaliknya ia hanya akan mengucar kacirkan PKR dan pemimpin seperti itu tidak diperlukan parti.

Beliau mengulas mengenai tindakan Zaid Ibrahim yang hendak keluar parti tetapi dilihat bagaikan bermain tarik tali dengan keputusan tersebut.

Bagi Semut, Shamsul Iskandar atau si Ketot itu nampaknya cuba menyindir si Ketua Penipu yang juga Ketua Umum PKR.

Bukannya beliau tidak tahu bahawa PKR pada awalnya juga dikenali sebagai KeAdilan ditubuhkan dahulu adalah untuk memperjuangkan keadilan buat Anwar semata - mata. Adakah perkara tersebut bukan agenda peribadi Ketua Umum itu?

Adakah Shamsul Ketot cuba 'pukul anak, sindir menantu' dengan kenyataan tersebut? Dan persoalan utama, adakah beliau sendiri benar - benar berjuang dan tidak mempunyai agenda peribadi dalam parti tersebut? Wallahualam.

Fikir - fikirkan lah.

4 ulasan:

  1. Dia ni kaki kencing dalam seluar.... mana berani nak cabar bos besarnya..... makin tadah punggung boleh la...

    BalasPadam
  2. Mana ada orang politik yang tak ada agenda peribadi. Nak bercakap guna la otak wei!!!!

    BalasPadam
  3. Politikawan tidak semuanya matang. Tidak semuanya layak memberikan komen. Atas sebab itu kebanyakan mesej yang disampaikan terlalu umum, malah ada yang terkena batang hidung sendiri, ketua sendiri atau parti mereka sendiri.

    BalasPadam
  4. Nama pon ketot ....upanya ketot juga akalnya...

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.