Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Hasrat Bekas Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan, Zaid Ibrahim untuk keluar dari parti itu sudah terlaksana. Beliau tidak perlu tunggu sehingga 16 Disember untuk mengesahkan perkara tersebut.
Hari ini, PKR dengan senang hatinya menguat kuasakan tindakan beliau itu dengan mengesahkan notis yang telah diberikan beliau sebelum ini.
Setiausaha Agung PKR, Ciputdin Nasution menyatakan bahawa Biro Politik PKR telah bersetuju dengan maksud surat itu dan perletakkan jawatan Zaid berkuat kuasa serta merta.
"...Lagi Cepat, Lagi Afdal. Saya secara peribadi mengucapkan selamat maju jaya..."
Jadi, tak payahlah Zaid tunggu sampai 16 Disember. Tak perlu lagi beliau bermimpi Anwar akan kembali memujuk beliau supaya kekal dalam PKR dan mengubah keputusan tersebut.
Inilah parti yang tidak mengambil kira lansung suara ahlinya. Bagi mereka, semua yang keluar itu umpama sampah yang menyemak dalam parti mereka.
Kepada mereka yang masih menjadi ahli parti yangtidak berpuas hati dengan PKR pun lebih kurang sahaja dimata mereka. Untuk apa lagi mereka terus kekal dalam parti itu? Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.