Halaman

Selasa, November 23, 2010

Timbalan Presiden Undi Paling Sikit?


Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Beberapa blog semalam telah mendedahkan bahawa Calon Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali yang mendahului dalam pemilihan parti itu hanya mendapat sokongan 4.5% sahaja.

Berapa? 4.5% sahaja. Sekali lagi, berapa? 4.5% SAHAJA.

Tak sampai 5% pun sokongan ahli akar umbi terhadap kepimpinan Azmin untuk jadi orang nombor dua parti tersebut.

Dengan itu, Azmin Ali bakal dinobatkan sebagai Timbalan Presiden sesebuah parti dengan jumlah undian dari ahli PALING SIKIT dalam dunia.

Bagaimana Azmin boleh mendabik dada dengan menyatakan beliau mendapat sokongan hampir keseluruhan ahli PKR sekiranya hanya mendapat 4.5% sahaja dalam pemilihan tersebut.

Cuba kita kira, 4.5% dari 400,000 orang ahli baru 18ribu sahaja. Jadi 382ribu atau 95.5% bakinya itu bukan ahli PKR ke? Macam mana Azmin kira matematik? 4.5% dikira majoriti berbanding 95.5%, biar betul. Wallahualam.

Fikir - fikirkan lah.

Ps: Memang patutlah. Beliau berucap pun dalam dewan kosong.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.