Halaman

Isnin, Disember 06, 2010

Demo Air, Kerja Tak Buat???

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Pelik dan ajaib dengan sifat mereka bila memerintah. Dua perkara ini seringkali menjadi tanda tanya kepada kita tatkala membincangkan perihal mereka.

Semalam, bukan main sakan mereka bertempur dengan pihak Polis gara - gara mereka sendiri enggan mengikut arahan.

Konon sudah 'besar kepala' sangat mentadbir Kerajaan Negeri. Akhirnya beberapa individu telah ditahan oleh pihak berkuasa.

Mereka berdemo menuntut hak rakyat dan membantah kenaikan tarif air di Selangor. Kononnya mereka tuntut hak membekalkan air itu dikembalikan kepada rakyat.

Padahal yang jelasnya mereka mahu pembekalan air itu diserahkan kepada Kerajaan supaya Kerajaan mereka boleh menaikkan tarif air tersebut seperti yang dilakukan di Pulau Pinang.

Dalam masa yang sama, pihak Kerajaan Negeri sendiri dilihat enggan meneruskan projek pembekalan air mentah sehingga kini. Malah Sultan Selangor sendiri murka dengan tindakan tersebut.

Nampak sangat ironiknya tindakan mereka. Sudahlah mereka membelakangkan Sultan Selangor sendiri dengan tidak menghantar memorandum tersebut kepada Baginda Tuanku.

Malah tindakan menyerahkan memo kepada Yang DiPertuan Agong itu pun satu tindakan yang ironik kerana sebelum ini mereka menyelar Ketuanan Melayu.

Sampai bila agaknya Menteri Besar Selangor ini hendak terus menipu rakyat? Dalam kejadian semalam, selepas beliau menyerahkan memo tersebut, beliau terus 'cabut' dan membiarkan rakyat sahaja yang berhadapan dengan Polis.

Inikah contoh kepimpinan yang kita mahukan? Konon hendak membela rakyat, tetapi jelas beliau lebih pentingkan diri sendiri. Adakah ini secebis warisan kita dimasa akan datang? Wallahualam.

Fikir - fikirkan lah.

2 ulasan:

  1. suroh depa mai demo kat kedah pula,,,,,,,pelet bin ajait yg dikendong pun depa bagi kat org tut2 depa nak ambil pula syabas,,,,politik apa depa ni,,,cakap kat depa raayat kedah bulan ini kebanyakan semua dapat surat merah,,alamat ada yg merana,,,,,yg pakai air 2,,3 ringit pasti bayaran nya 6 ringit,,sada pasti cepat kaya,,,,,

    BalasPadam
  2. apa rasioanal disebalik demo 5 disember 2010 saya menyifatkan tiadak ada apa2 rasional disebalik semua ini hanya retorik pihak pakatan rakyat sahaja

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.