Halaman

Khamis, Disember 02, 2010

Kalau Kerajaan Tak Prihatin???

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Seringkali orang bertanya, apa yang kerajaan bagi kepada mereka? Apa manfaatnya mereka menyokong kerajaan sedia ada? Jawapan kepada persoalan itu sebenarnya ada pada kita.

Kadang kala, berdepan dengan orang seperti ini kelakar juga. Tetapi kebanyakkan masa lainnya Semut simpati kerana mereka tidak sedar dengan apa yang mereka miliki.

Benar, setiap hidup manusia ini memiliki apa yang telah ditentukan Allah S.W.T. Ianya satu hakikat yang tidak ada sesiapa pun persoal.

Namun, tidakkah pernah mereka terfikir, seandainya Allah tidak memberi hidayah kepada Pemimpin Kerajaan maka mereka juga tidak mungkin memiliki apa yang mereka ada pada hari ini?

Renungkan. Lima keperluan utama bagi setiap manusia ialah Makanan, Kediaman, Pakaian, Pendidikan, serta Komunikasi dan Pengangkutan. Jika tidak ada lima perkara ini, maka tidak lengkap kehidupan manusia hari ini.

Seandainya, pihak kerajaan sedia ada (Kerajaan Barisan Nasional) yang memerintah sejak Negara Merdeka tidak mengambil kisah lansung dengan perkara - perkara tersebut, Apa Jadi dengan kita sekarang?

Sebaliknya, perkara ini yang sering diabaikan oleh masyarakat terutama dikalangan pemimpin pembangkang. Mereka gagal melihat perkara ini dan bersyukur dengannya.

Maka tidak salah jika kita katakan golongan yang seperti ini Kufur Nikmat Allah S.W.T? Wallahualam.

Fikir - fikirkan lah.

1 ulasan:

  1. Jawab jer...apabila bangun pagi,berkata ada lagi hari ini yer! boleh bersarapan dengan kawan2, anak, isteri, ibu bapa! ada kerja, ada pendapatan, boleh shopping, ada masa riadah, joging sorang2 boleh, bermain bola/badminton/tenis..,boleh bersantai menonton TV, ke masjid surau, di kedai kopi, Melayu Cina India Iban Jakun Bidayuh boleh berkerja, bersekolah, makan minum bersama, bermain bersama, kunjung mengunjungi, kita aman, makmur, maju, selamat... syukor!

    Kita tidak bangun pagi, perluru bersimpang siur, letup sana letup sini, tak ada kerja, makan minum susah, tempat tinggal do'eh, iri hati, ...

    Terima kasih/ syukor kepada Allah menganugerahkan kita pemimpin berwibawa dan bertanggungjawab... Pembangkang sengaja tak nak terima ini semua dengan menaburkan fitnah tanpa bukti..untuk kepentingan politik mereka tanpa memikirkan anak cucu yang akan mewarisi bumi Malaysia ini.....

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.