Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Barulah Semut tahu kenapa Presiden PKR itu menolak Ketuanan Melayu. Bukan hanya sebab dia tidak faham apa yang dimaksudkan dengan Ketuanan Melayu, tetapi ada Ketuanan lain dalam PKR rupanya.
Menurut Pengarah Institut Kajian Etnik UKM, Prof. Datuk Shamsul Amri Baharuddin, istilah Ketuanan Melayu hanya untuk menggambarkan kedudukan politik dan ekonomi orang Melayu.
Beliau menyatakan persoalan kenapa timbulnya isu Ketuanan Melayu dalam Kongres PKR itu. Apa yang beliau nampak hanyalah Ketuanan Anwar dalam PKR dan ianya perlu dihapuskan.
Malah menurut beliau, isu Ketuanan Melayu itu tibangkitkan hanya untuk mengaburkan pemandangan ahli terhadap Ketuanan Anwar.
Beliau turut mempersoal tindakan Kak Wan dengan menyatakan bahawa ianya hanya gimik politik untuk menutup kemelut yang dihadapi PKR ketika ini.
Inilah yang di ibaratkan sebagai Tak Tahu Menari, Lantai Disalahkan. Sendiri tak faham maksud Ketuanan Melayu, tetapi nak menyalahkan orang lain.
Janganlah terus mengaburi mata rakyat dengan dakyah - dakyah songsang ni. Sudah - sudahlah menipu dan cuba bersandiriwara lagi.
Hakikatnya, PKR hanya memperjuangkan Anwar dan semua orang dah tahu. Nak wayang apa lagi? Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.
Ps: Patutnya bukan Ketuanan Anwar, tapi Ke-Tua-an Anwar sebab dia dah tua.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.