...Ni Siapa ikut Siapa Ni???...
Assalamaualaikum dan Salam 1Malaysia.
Sidang DUN Perak semalam menyaksikan satu kejadian yang sangat pelik apa bila Menteri Besar dan Bekas Menteri Besar menafikan perbuatan mereka.
Terdahulu, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir telah didakwa mengadakan upacara Ancak Tiang Seri di kediaman beliau oleh Ketua Pembangkang Perak, Nizar Jamaludin.
Bekas Menteri Besar itu juga mendakwa bahawa perbuatan Dr. Zambry itu sebagai satu tindakan khurafat dan salah disisi Islam.
Dr. Zambry menafikan dengan menyatakan majlis itu sebenarnya Majlis Menaikan Tiang Seri yang kemudiannya diakhiri dengan bacaan doa selamat oleh Imam kawasan berkenaan.
Walaubagaimana pun, Nizar semalam turut memohon maaf kerana perbuatannya juga turut menyalahi hukum agama.
Beliau dan kepimpinan PAS Negeri Perak bersama - sama DAP Negeri hadir pada hari mengingati Kematian Teoh Beng Hock sebelum ini.
Sewaktu didesak oleh Dr Zambry semasa sesi perbahasan semalam menyatakan: "ya saya mengaku memang apa yang saya lakukan itu dan saya memohon maaf"
Inilah yang dikatakan Dulang Paku Serpih, Mengata Orang Sendiri Yang Lebih. Yang hairannya, tak nak pulak si Nizar ni mohon maaf kerana menuduh dan membuat dakwaan yang bukan - bukan?
Bila merasakan diri terlalu bagus dan lebih baik dari orang lain, inilah jadinya. Yang malu siapa kalau bukan diri sendiri. Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.