Halaman

Khamis, Disember 02, 2010

Pernah Ke Dia Tegur???

...Pendirian dan Perjuangan Mereka Jelas Berbeza...

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Itu satu lagi persoalan yang sebenarnya tidak pernah dijelaskan atau dijawab oleh Nik Aziz mahupun pemimpin - pemimpin PAS lain.

Tetapi demi menghalalkan cara dan masih mahu mengikut bontot DAP, terpaksa jugalah beliau menipu rakyat secara keseluruhannya.

Kata Mursyidul Am PAS, beliau bersedia menerima Lim Kit Siang Ikan sebagai TPM jika Pakatan Pembangkang menerajui Kerajaan Persekutuan yang entah bila, beliau pun tak tahu.

Beliau yang 'mengakui' Negara ini sebagai sebuah Negara Demokrasi maka ianya tidak boleh dilihat pada satu - satu bangsa sahaja.

Beliau juga turut menjelaskan perlantikan itu tidak seharusnya bercanggah dengan syarat - syarat yang termaktub dalam dasar Kebangsaan Negara dan Islam.

Kata beliau Pakatan Pembangkang itu mempunyai kelebihan kerana PAS sebagai parti islam bertanggungjawab menegur mana - mana parti dalam gabungan itu termasuk DAP berhubung Islam.

Bila masa dia pernah tegur Lim Kit Siang Ikan itu pasal Islam? Mana suara beliau ketika Lim Kit Siang Ikan menafikan perlaksanaan Hukum Hudud dan Penubuhan Negara Islam?

Malah bila Lim Kit Siang Ikan berapi - api dalam Parlimen mengajak ahli - ahli Parlimen lain menentang gelaran yang diberikan kepada Malaysia sebagai sebuah Negara Islam, kenapa beliau senyap dan tidak bersuara lansung?

janganlah nak menipu rakyat. Nama dah baik orang panggil Tok Guru. Jangan mengaibkan panggilan tersebut kerana kejahilan diri sendiri. Yang buruknya nanti diri sendiri. Wallahualam.

Fikir - fikirkan lah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.