Halaman

Ahad, Disember 05, 2010

Seruan Tidak Bermoral!!!

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Demi memastikan agenda buruk mereka tercapai, sanggup mereka mempergunakan dan memperalatkan anak - anak kecil yang masih menuntut di Universiti.

Untuk memastikan jumlah mereka lebih besar dalam perarakan hari ini, seluruh Mahasiswa dari Lembah Klang dan Selangor diseru bergabung dengan Persatuan Mahasiswa Anak Selangor dalam perhimpunan aman hari ini.

Dengan tidak bermoralnya, Setiausaha Gerakan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), menyatakan penyertaan mahasiswa dalam serahan memo ke Istana Negara itu akan memberi mesej jelas kepada Kerajaan.

Kononnya dengan penyertaan mahasiswa akan turut mempertahankan hak - hak rakyat dan mengutuk keras tindakan pihak tertentu dari membebankan rakyat.


Bukankah lebih baik mereka menyeru anak - anak muda dikalangan Mahasiswa ini agar mereka bangkit membangunkan Negara?

Jelas hakikatnya yang nyata, gerakan mereka tidak mendapat sambutan dari masyarakat umum. Sebab itu mereka terdesak membuat seruan yang tidak bermoral seperti ini.

Bagi Semut, adalah lebih baik mereka menyeru anak - anak ini kearah kebaikan dengan meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah.

Adakah berpolitik lebih penting dari perkara ini? Bukankah mereka menjadikan Islam sebagai tunjang dalam dasar politik mereka?

Jadi kenapa seruan ke arah Keimanan tidak pula pernah kita dengar mereka laungkan selama ini? atau mereka hanya tahu merosakkan anak bangsa dengan kaedah politik seperti ini sahaja? Wallahualam.

Fikir - fikirkan lah.

1 ulasan:

  1. Pelajar ni ada laha nya bebal.. masa belajar otak masih belum matang... semua nak terlus/ iklas/ bersih tetapai bila da berkerja.. dia lah kami pempuan/ kaki rembat duit/ .. banyak da kita lihat..hutang PTPTN pun ramai yng liat bayar atau tak bayar lansung.. alasan beiasa lah orang melayu tak cukup duit.. Handfon Iphone 4, Kereta , Baru, Girlfren/Boyfren sana sini..Ibu bapak kat kampung adanya 1 sen pun tak pernah beri...Suidah lah Belajar .. kaum lain masuk Universti mana ada perangai macam bangsa kita.. Pemimpin POlitik mereka pun melihat jauh kehadapan untuk bina bangs amereka...Melayu Muda Lupa...

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.