Halaman

Sabtu, Julai 09, 2011

TAMAT BERITA TERKINI, SEMUA KENA DAH KENA TAHAN!!!


Dengan penahanan beberapa pemimpin Pakatan Pembangkang serta dari kalangan Pemuda Patriot yang berhimpun pada hari ini, maka tamat la sudah berita terkini dari Semut.


Dengar kata Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Ketua Penerangan Pemuda UMNO Malaysia dan juga beberapa orang Exco telah dibawa ke Pulapol, Jalan Semarak.


Manakala Hadi Awang pula sedang ditahan Balai Polis Jinjang bersama - sama dengan pengikut - pengikutnya.

Anwar Ibrahim pula dilaporkan sedang dikejarkan ke Pantai Medical Center dengan sebuah ambulan ditemani oleh Bodyguard dia.


Tapi ada juga maklumat yang Semut dengar dari Hotel Hilton KL, Anwar didapati telah pulang semula ke biliknya.

Walau apa pun, kelibat Lim Kit Siang masih tidak ditemui. Dia seolah - olah hilang sebaik sahaja mereka keluar dari Hotel tersebut awal petang tadi.

Ke mana dia pergi? Mana pengikut - pengikut dia? Mana Ronnie Liu, Teresa Kok, Sivarasa dan yang seangkatan dengan mereka?

Persoalan itu masih belum dapat dijelaskan lagi setakat ini. Apa - apa pun, tahniah Semut ucapkan kepada Ambiga kerana berjaya dengan cemerlang menghuru - harakan keadaan Negara!!!

1 ulasan:

  1. Tahniah..Lady AmbiGAGA..anda akan dicalonkan sebagai Ahli Parlimen PKR...

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.