KUALA LUMPUR, 29 Sept — Hukum hudud hanya mekanisme untuk mengatasi jenayah-jenayah tertentu dan bukannya gambaran keseluruhan negara Islam, kata bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin.
Malah kata beliau, bukan hudud juga undang-undang yang merangkumi semua jenayah.
Asri melahirkan pandangan ini ketika hukum hudud kembali sebagai isu kontroversi selepas PAS menggerakkan usaha ke arah itu 17 tahun lalu.
Minggu lalu beliau berkata belum ada masa yang kondusif untuk melaksanakan hukum hudud di negara ini.
“Banyak lagi jenayah yang tidak tersenarai di bawah hudud. Peratusan besar jenayah yang pelbagai, terutama di zaman ini berada di bawah takzir.
“Mekanisme ini pula memerlukan suasana yang kondusif untuk perlaksanaannya,” kata beliau dalam satu tulisan hari ini.
Asri berkata seseorang Muslim apabila berbicara tentang pemerintahan dan tanggungjawab pemerintahan bukanlah membayangkan mekanisme mengatasi jenayah semata, tetapi membayang tanggungjawab keadilan dan kebajikan yang menjadi asas tersebarnya kebaikan dan keamanan dalam negara.
Asri juga berkata ramai orang salah sangka apabila membayangkan negara yang dipimpin berdasarkan al-Quran dan As-Sunah itu sebagai Negara yang agenda utamanya mengintip dan menghukum rakyat yang tidak mematuhi syariat.
“Gambaran negara yang islamik sebagai negara yang sibuk mencari pesalah untuk dihukum dengan undang-undang hudud adalah gambaran yang silap yang ada di fikiran sesetengah pihak yang kurang memahami Islam.
Katanya, dalam hudud ada dua jenis dosa yang dihukum iaitu dosa yang membabitkan kesalahan individu dengan Allah S.W.T seperti berzina dan minum arak dan dosa yang merosakkan atau mengancam keselamatan masyarakat awam seperti merompak, merogol, mencuri, memberontak dan perkara yang berkaitan dengannya.
Asri menjelaskan, “dosa bahagian pertama Islam melarang kita melakukan tajassus ataupun intipan manakala dosa bahagian kedua, oleh kerana ia mengancam masyarakat dan fitnah lebih besar dari tajassus, maka intipan boleh dilakukan.
Ps: Jika nak dibandingkan hudud PAS dengan Hukum dalam Islam, apa yang jelas ianya jauh berbeza diantara satu dengan yang lain.
Bagi PAS, hudud mereka hanya berdasarkan kepada Hukum Jenayah sahaja. Ia tidak merangkumi bab kebajikan, pembahagian tanah, zakat dan sebagainya.
Maka sebab itu la kita dapat lihat puak - puak PAS ni banyak merampas tanah milik orang lain sesuka hati mereka dan tidak menjaga kebajikan rakyat secara keseluruhan.
Adakah itu yang nak dikatakan sebagai perjuangan Islam? Yang tambah herannya ialah apabila mereka jadikan isu Hukum Hudud ini sebagai alat dalam agenda Politik.
Jadi tak salah la kalau kita kata Islam PAS hanya berlandaskan Politik semata - mata. Bukan sebab syariah pun!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.