Kalau korang baca dalam banyak - banyak artikel mengenai isu hukum hudud dan keputusan dalam mesyuarat Pakatan Pembangkang hari ni, semua kata PAS GAGAL.
Tapi bagi Semut, PAS tak GAGAL sepenuhnya. Malahan mereka berjaya. Berjaya membuktikan bahawa parti tu hanya sekadar Pak Angguk Saja.
Itulah kejayaan PAS selama mereka memperjuangkan Islam dan nak menegakkan hukum Islam didalam Malaysia ni.
Apa saja yang dicadangkan dan diputuskan didalam mesyuarat, pasti ianya akan diangguk saja dek puak - puak khawarij PAS ini.
Macam parti yang tak de pendirian pun ye jugak diorang ni. Setakat cakap je pandai. Tapi bila suruh buat, masing - masing terketar lutut. Pejuang Islam konon. Ceit!!! Pigidah!!!
Bercakap pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di Pejabat Agung PAS, lewat malam tadi, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata mereka mengormati aspirasi PAS mahu melaksanakan hudud disamping menghormati pandangan DAP yang membantahnya ekoran bertentangan dengan perlembagaan.
Kesemua komponen parti katanya memperakui kewujudan Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 dan Enakmen Jenayah Syariah Terengganu 2003 sebelum muafakat dalam Pakatan Rakyat.
"Kita mendengar penjelasan Datuk Taqiyuddin Hassan yang mewakili kerajaan Kelantan bahawa perlaksaan hudud di negeri itu hanya boleh dibuat dengan pindaan perlembagaan persekutuan.
"Kita tidak boleh menafikan mana-mana hak PAS, DAP dan PKR untuk mengemukakan pandangan termasuk dalam isu syariah.
"Kita jelas menghormati hak dan aspirasi PAS (mahu laksanakan hudud). Cuma dia terikat dengan apa yang kita sebut dasar bersama, semangat perlembagaan dan Buku Jingga," katanya. - Sumber Haprak Daily
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.