Halaman

Jumaat, September 30, 2011

KALAU DIA DISUNTIK, DAH LAMA MATI!!!


Ini satu lagi kisah pembohongan Si Ketua Penipu sewaktu awal dia menggerakkan Reformasi pada tahun 1998 yang lalu.

Rekayaksa yang dicipta oleh Si Ketua Penipu yang baru sahaja dipecat daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri atas beberapa tuduhan ini sengaja dibuat.

Tujuan dia mencipta kisah seumpama ini adalah bagi mendapatkan simpati rakyat diatas apa yang menimpa diri dia pada ketika itu.

Terus terang Semut katakan, sewaktu Semut belajar di Kolej dulu pun, ada jugak terkesima dengan dakwaan bodoh Si Ketua Penipu ini sehingga menganggap yang ianya benar.

Sekarang baru kita dapat lihat wajah sebenar Si Ketua Penipu ini yang jelas hanya cuba untuk memperdayakan rakyat Malaysia secara keseluruhannya.

Jika benar dia pernah disuntik dengan racun arsenik atau dengan kuman HIV atau dengan apa penyakit sekali pun, dah tentu sekarang dia dah kojol.

Tetapi, sampai hari ini, dia masih sihat walafiat dan masih mampu berdiri serta membalun depan dan belakang. 

Lepas tu dia diap menipu rakyat seluruh dunia dengan agenda 16 Septembernya serta pelbagai lagi kisah lain hanya semata - mata untuk meraih simpati.

Semua itu dilakukan oleh Si Ketua Penipu ini bagi mendapatkan kuasa semata - mata. Bukan nak berjuang untuk rakyat sangat pun sebenarnya!!!

Jadi, bagaimana mungkin Semut dan rakan - rakan blogger lain menggelarkan dia sebagai Ketua Penipu kerana memang itulah yang dilakukannya.

Bak kata orang, Kalau Tak Menipu, Bukan Anwar La Namanya!!! Dah itu je kerja yang dia tau buat. Bukan dia tau buat kerja lain pun!!! Macam sial!!!


2 ulasan:

  1. Anwar Ibrahim = Ketua Penipu. Setuju!!!

    93.8% Waris Kg Bharu sokong Perbadanan Pembangunan Kg Bharu. baca di sini...

    http://apakecoh2.blogspot.com/

    BalasPadam
  2. Kalau nak tau pasai dia ni. Cuba pi tinjau kampung dia.

    Tanya dengan kawan-kawan dia yang masih hidup. Tanya kawan-kawan sekolah dia dulu. Budak macam mana anak Pak Brahim ni.

    Tapi berhati-hati, ada jugak kawan-kawan yang dia bagi makan cukup-cukup.

    Ada lagi kawan-kawan dia yang hidup susah yang dia tak rapat sangat masa dulu.

    Jangan hairan kalau ada juak-juak dia yang baca komen ni, cepat-cepat depa yang kalut dok pi cari dulu. Bukan apa paham-paham la.

    Orang yang bila bercakap suka pusing suka lenggok, lengan goyang-goyang dunia pun dia boleh putaq. Elok-elok timor ke barat boleh terbalik barat ke timor.

    Allah swt tu maha besar, saja biar dia masih boleh bebas di muka bumi ni.

    Kita pakat-pakat tengok la.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.