Halaman

Selasa, September 27, 2011

PEMANGKU RAJA PERAK PERLI KHALID GEREJA???


Rasanya titah Pemangku Sultan Perak ni terkena tepat pada muka PAS. Nak pulak pada muka Si Khalid Gereja tu apabila ianya jelas menjurus ke arah tindakan dia sebelum ini.

Mungkin itulah yang hendak disampaikan dalam titah ucapan Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah baru - baru ini.

Kenapa tidak sedangkan PAS selama ni suka mendabik diri mengatakan bahawa mereka merupakan pejuang Agama Islam yang sebenar didalam Malaysia ketika ini?

Tetapi, perlu difahami bahawa apa yang nak disampaikan oleh Pemangku Raja Perak ini tidak berlandaskan Politik yang menyebelahi mana - mana pihak.

Cuma ianya sebagai peringatan kepada mereka yang suka mempermainkan Agama Islam dan menjadikannya sebagai alat dalam propaganda Politik mereka.

Dalam masa yang sama, baginda bertitah menyatakan bahawa kemusnahan ummah itu bukan datang dari penjajahan. 

Sebaliknya ia akibat sikap mereka yang suka menolak perpaduan dengan memanipulasikan fakta sejarah, mempermainkan lagu kebangsaan dan menghina bendera Negara.

Titah baginda itu juga turut menempelak tindakan beberapa pemimpin Pakatan Pembangkang yang tidak menghiraukan sensitiviti Agama Islam itu sendiri.
''Kalimah suci Allah bukan sekadar nama am yang bermaksud Tuhan walau apa bentuknya. Kesucian kalimah Allah amat tinggi di sisi Islam. Kalimah tersebut apabila dicetak pada kertas, tidak boleh dipijak, tidak boleh dijadikan bahan bungkusan, tidak boleh dibawa ke dalam tandas. Allah adalah nama khas-Tuhan Maha Suci-Tuhan Maha Agong. Allah adalah satu-satunya," titah baginda.
Selain itu, baginda juga tidak ketinggalan menyatakan bahawa tindakan seumpama ini hanya demi kepentingan Politik bagi mendapatkan pengaruh serta kuasa individu tertentu sahaja.

Memang itu pun maksud sebenar puak - puak Pakatan Haramjadah ni. Demi nak menarik sokongan orang bukan Islam, apa saja sanggup dilakukannya.

Sampaikan dia sendiri sanggup bermati - matian mempertahankan agar perkara seumpama itu berlaku di Negara Malaysia ini.

Apa haknya Si Khalid Gereja tu nak membenarkan isu kalimah Allah ni dipergunakan dalam agenda Politik mereka? Dia sendiri pun bukan 'Ahli' dalam bidang tersebut.

Jadi, macam mana nak dikatakan dia layak digelarkan sebagai pejuang Islam sedangkan dalam masa yang sama dia menyokong orang bukan Islam lebih dari Islam sendiri?

Demi kuasa, demi Politik apa saja sanggup digadaikannya. Adakah itu perjuangan Islam yang sebenar mengikut pemahaman PAS?

Sebab itulah Semut selalu kata yang APS bukan berjuang untuk Islam, tetapi berjuang untuk mendapatkan kuasa je sebenarnya. Perjuangan Islam menda kejadahnya kalau macam tu!!!

3 ulasan:

  1. Titah Tuanku mendedahkan apa yang tersirat di sebalik isu-isu semasa buat renungan kita semua.
    Pihak yang sedang mengejar kuasa menggunakan 'kebijaksanaan' mereka untuk mempermain dan memperdaya kita demi nafsu besar mereka. Adakah kita sebodoh itu untuk membenarkan mereka setelah kedaulatan negara dan kesucian agama kita dipermainkan mereka sebegitu rupa? Berfikirlah dengan waras dan guna mata hati untuk menilai sesuatu perkara.

    BalasPadam
  2. Tidak sekor pun umat pas dan Melayu pkr yang menyanjung kesucian kalimah ALLAH saperti titah Tuanku.Berpolitiklah pas...berhelahlah pkr selagi bolih.

    BalasPadam
  3. dia ni dah di cop pembela KUIL n GEREJA mana dia kisah ngan kepentingan Islam.. dalam kepala otak dia nak menang undi dari kafir harbi jer... apalah malang orang melayu islam shah alam dapat YB yang BAHLOL dan TONGOK macam dia ni!!! ayuh tendang dia keluar dalam PRU13

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.