Kesian jugak Semut tengok Si Ketua Penipu ni. Semua benda yang dibuat GAGAL belaka sejak akhir - akhir ni.
Nak jadi Perdana Menteri dulu pun tak dapat. Nak buat agenda 16 September dan 'Merampas' Putrajaya pun dia tak mampu.
Sampaikan kes rayuan dia untuk mengenepikan Hakim yang mendengar kes liwat dia dimahkamah pun ditolak buat sekian kalinya.
Itulah akibatnya kalau suka sangat menipu sana sini. Dah semuanya tak diberkati. Semuanya tak dapat Keredhaan Allah S.W.T.
Tapi dia masih jugak tak sedar diri. Masih lagi tak percaya dengan ketentuan Allah S.W.T yang menjadikan perkara itu sebagai ujian ke atas diri dia.
Sampai hari ni, dia masih lagi tak dapat terima hakikat bahawa dia memang tak layak untuk jadi Perdana Menteri. Bukan salah orang lain. Semuanya salah diri dia sendiri jugak!!!
PUTRAJAYA 5 Okt. - Mahkamah Persekutuan hari ini memuktamadkan rayuan akhir Datuk Seri Anwar Ibrahim agar Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah menarik diri untuk kali ketiga daripada terus mendengar prosiding kes liwatnya.Panel tiga hakim diketuai oleh Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin menolak rayuan akhirnya selepas berpendapat, Mahkamah Rayuan tidak mempunyai bidang kuasa mendengar rayuan berkaitan isu-isu interlokutori.Bagaimanapun, beliau yang bersidang bersama Hakim Tan Sri James Foong Cheng Yuen dan Hakim Tan Sri Abdull Hamid Embong membenarkan permohonan Anwar agar empat perenggan dalam penghakiman bertulis Mahkamah Rayuan itu dipadam daripada rekod rayuan.Panel itu membenarkan perenggan 6, 15, 18 dan 75 dalam penghakiman yang ditulis oleh Hakim Datuk Abdul Malik Ishak dipadamkan selepas berpuas hati perenggan-perenggan berkenaan bersifat menghina dan merendah-rendahkan Anwar.Penghakiman itu ditulis ekoran keputusan Mahkamah Rayuan pada 6 Julai lalu menolak rayuan Ketua Pembangkang tersebut agar Hakim Mohamad Zabidin menarik diri daripada terus mendengar prosiding kes liwatnya. - Utusan
Ps: Yang paling pelik sekali ialah apabila Si Ketua Penipu tu kata dia mempunyai alibi dan bukti kukuh mengatakan bahawa dia tidak meliwat Si Saiful tu.
Kalau dia ada alibi dan bukti kukuh, kenapa dia masih lagi buat rayuan agar diketepikan Hakim Mahkamah yang mendengar kes dia ni?
Dan jika dia benar - benar berani dan berada dalam kalangan orang yang benar, kenapa dia masih beralasan mengenai penyerahan DNA dia kepada Mahkamah?
Bagi je la DNA tu untuk dibuat ujian. Tengok sama atau tidak dengan DNA yang ditemui oleh dua orang doktor sebelum ini. Apa nak susah?
Dalam erti kata mudahnya, Si Ketua Penipu ni dah la bodoh, bengap pulak tu. Macam ni ke nak jadi Perdana Menteri? Ceit!!! Pigidah!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.