Oleh peraktoday – Baru-baru ini, saya ada terbaca berita mengenai bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hasan, yang telah disapina Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk menjadi saksi pembelaan bagi kes Liwat II di antara Anwar Ibrahim dan Saiful Bukhari Azlan.Sebagaimana kita tahu, kes jenayah yang sudah tertunggak selama lebih 3 tahun ini terjadi ketika beliau masih lagi berjawatan Ketua Polis Negara.Menurut laporan tersebut, berbeza tindakan awal beliau yang menolak untuk ditemuramah oleh barisan pembelaan Anwar sebelum ini, Tan Sri Musa Hasan bersetuju pula untuk menjadi saksi kes tersebut. Agak aneh dengan keputusan tersebut, saya mengkaji semula hubung kait di antara Tan Sri Musa dan kes liwat Anwar. Agaknya, mungkin kerana jawatannya itu ketika Saiful laporkan pada polis barangkali…Namun, jika disingkap kembali kepada sejarah penglibatan Tan Sri Musa Hasan dengan kes liwat Anwar Ibrahim, perkara ini bukan perkara baru. Tan Sri Musa sebenarnya sudah masak dengan aktiviti liwat Anwar seawal tahun 1996 lagi. Ketika itu, beliau masih berjawatan inspektor biasa saja yang ditugaskan sebagai pegawai penyiasat.Pada tahun 1996, Musa Hasan belum bergelar Tan Sri. Ketika itu, dunia politik heboh memperkatakan tentang Timbalan Perdana Menteri merangkap Timbalan Presiden UMNO dan BN, terlibat dengan aktiviti seks luar tabi’i. Meliwatlah, apa lagi..?Pendedahan tersebut dilakukan oleh bekas pemandu Anwar sendiri iaitu Azizan yang mengadu kepada Umi Hafilda Ali, adik kepada Azmin Ali. Ketika itu juga setelah UMNO dan Tun Dr. Mahathir enggan melayan cerita liwat itu, Azizan dan Umi telah menceritakan dan membawa semua bukti mereka kepada Karpal Singh dan Mat Sabu. Apa lagi, Karpal dan Mat Sabu terus jadi “meriam buluh” la…Karpal membawa kes itu ke Parlimen dan mencabar Tun M untuk menyiasat dakwaan itu dan Karpal menegaskan bahawa dia ada bukti dan saksi kukuh untuk mensabitkan Anwar sebagai peliwat. Dan dari pendedahan itulah mungkin, Mat Sabu mendapat ilham untuk menggelar Anwar sebagai “Al-Juburi”. Sampai sekarang Anwar marah pada Mat Sabu tentang perihal gelaran itu.Berbalik kepada Musa Hasan. Sebenarnya, Anwar telah membuat laporan polis berhubung dakwaan tersebut. Kononnya untuk “membersihkan namanya”. Anwar ketika itu bertegas mahu memilih sendiri pegawai penyiasat yang dipertanggungjawabkan untuk menyiasat kes tersebut. Dan pilihan Anwar ketika itu ialah tidak lain tidak bukan, Musa Hasan!Sebenarnya, Musa sendiri terkejut memandangkan kebiasaannya Anwar akan memilih pegawai dari Special Branch (SB) memandangkan mereka sememangnya dibawah penguasaan Anwar. Namun Musa hanya mendiamkan diri dan taat menurut perintah. Dia pun memulakan siasatan…Pelbagai peristiwa berlaku ketika Musa menyiasat kes itu. Antaranya ialah tindakan SB yang bertindak mengepung rumah Dr. Qistina di mana Umi Hafilda turut berada dirumah tersebut. Padahal, sebagai pengawai penyiasat, beliau tidak mengarahkan pun mana-mana pihak berbuat demikian. Lagi pun, padanya, Umi Hafilda tidak perlu ditangkap kerana dia tidak bersalah dan kes masih lagi dalam siasatan polis.Meskipun Umi tetap ditahan oleh SB ketika itu, Musa Hasan bertindak melepaskan Umi selepas adik Azmin itu memberi keterangan. Itupun, Umi Hafilda sempay ditahan sehari semalam oleh “SB-SB” yang sememangnya “taat pada Anwar” ketika itu.Selain itu, Musa juga pernah berkali-kali dipanggil oleh Anwar untuk mendapatkan hasil siasatan tersebut. Namun, memandangkan Anwar terlibat di dalam kes itu dan Musa hanya sepatutnya melaporkan hasil siasatannya pada Ketua beliau dan bukan pada Anwar, beliau tidak sedikitpun menceritakan hasil siasatannya meskipun Anwar ketika itu adalah Timbalan Perdana Menteri. Tegas juga Musa Hasan ni…
Baca seterusnya, klik disini.
Ps: Sekarang Si Ketua Penipu tu nak kata apa lagi? Adakah dia berani memanggil Tan Sri Musa Hassan untuk menjadi saksi bagi pembelaan kes dia?
Adakah laporan yang dihantar oleh Musa Hassan sebelum ini merupakan satu lagi konspirasi untuk menjatuhkan dia pada tahun 1998?
Atau, adakah ianya satu lagi fitnah jahat yang sengaja direka untuk memburuk - burukkannya seperti hari ini?
Yang paling heran sekali, kenapa Si Ketua Penipu tu boleh percaya kepada Si Karpal Whilchar sedangkan dulu Si Karpal tu jugak yang suruh Tun Dr. Mahathir buat siasatan?
Jawapannya mudah. Nak buat macam mana kalau Si Ketua Peipu tu dah terdesak. Nak tak nak, terpaksa la dia ambik Si Karpal Whilcar ni. Lagi pun, dia kan bodoh. Yang dia tau, menipu rakyat je. Bukan tau buat kerja lain!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.