KUALA LUMPUR 4 Okt. - "Senang bila mahu belanja duit yang kita tidak ada." Itu merupakan jawapan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika diminta mengulas pembentangan Belanjawan 2012 oleh Pakatan Rakyat.
Dilaporkan Pakatan Rakyat akan membentangkan belanjawan tahunannya hari ini, tiga hari lebih awal sebelum kerajaan Pusat mengumumkan Belanjawan 2012.
Ia dikatakan sebagai belanjawan alternatif pakatan tersebut sebelum Belanjawan 2012 dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang juga Menteri Kewangan pada Jumaat ini di Dewan Rakyat.
"(Duit) yang kita tak kawal (memang) senang mahu belanja," kata Dr. Mahathir kepada wartawan selepas menyampaikan ucaptama pada Forum Kewangan Islam Kuala Lumpur Kelapan 2011 di sini, hari ini.
"Kita boleh buat apa pun (seperti) janji mahu bagi 20 peratus royalti minyak. Memang boleh janji sebab tak jadi kerajaan. Janjilah asalkan menang (pilihan raya)," katanya.
"Ini biasa malah Obama (Presiden AS Barack Obama) berjanji untuk menutup Guantanamo Bay (Pusat Tahanan) tetapi sampai sekarang tak tutup lagi. Tetapi beliau dipilihlah," kata Dr. Mahathir yang pernah menjadi Menteri Kewangan.
Terdahulu ketika berucap pada forum tersebut, beliau berkata, pemimpin di negara Islam perlu berusaha menyediakan peluang pekerjaan yang mencukupi untuk rakyatnya bagi memastikan kestabilan dan keharmonian negara yang berterusan.
Katanya, di sesetengah negara Islam ketika ini, masih ada kerajaan yang tidak berusaha membuka peluang pekerjaan dan memulakan usaha untuk memperbaiki taraf hidup rakyat mereka.
"Pengajaran yang boleh diambil berdasarkan krisis di beberapa negara Islam ialah tidak ada peluang pekerjaan untuk rakyat yang akhirnya menyebabkan mereka bangun memberontak.
"Bagaimanapun di negara ini, atas kesedaran dua Perdana Menteri yang awal, usaha telah mula dijalankan dengan pembukaan tanah untuk kegiatan pertanian seperti Felda. Semua itu merupakan usaha bagi menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama bertajuk 'Kesan Krisis di Asia Barat dan Negara Afrika: Pengajaran Yang Boleh Diambil Negara Islam' sempena Persidangan Antarabangsa Kepimpinan Islam di sini hari ini.
Ps: Ada betul jugak apa yang Tun Dr. Mahathir katakan ni. Orang yang tak de duit, memang senang dia nak tabur janji. Kalau boleh semua benda dia nak bagi.
Tapi, bila ada kuasa nanti, apa pun dia tak buat. Semua benda dia tak reti. Tengok sekarang pun cukup la. Kata nak bantu rakyat, tapi bekalan air pun tak mampu nak bagi.
Diorang ni setakat cakap je pandai. Bila disuruh buat, semuanya banyak alasan. Antara yang paling popular sekali, diorang akan kata diorang belum tadbir Putrajaya.
Itu je la yang jadi alasannya sedangkan dah 4 Negeri diorang perintah. Apa pun tak buat jugak. Yang diorang tau, menipu rakyat je kerjanya!!! Macam sial!!!
Itu je la yang jadi alasannya sedangkan dah 4 Negeri diorang perintah. Apa pun tak buat jugak. Yang diorang tau, menipu rakyat je kerjanya!!! Macam sial!!!
BalasPadamBETUL TUUU..
hidup TUN M...
BalasPadamPEJUANG HAMAS...
Setuju sangat dgn padangan TDM...Menabur janji tidak sesusah mengotakan janji...Harap rakyat dapat memahami situasi semasa dan tidak termakan dengan janji kosong yang ditaburkan oleh Pakatan.
BalasPadamdok tunggu pkr laksanakan menifesto selangor... bilerlaaa nak ditunaikan agaknya?
BalasPadamAda satu pemimpin tu, dah lama dah memimpin pun, dah ganyut dah, siap menjanjikan SYURGA lagi pada penyokong2nya; bukan janji utk dunia fana ni, siap janji utk akhirat lagi. Kan calang2 orang tu, tenungannya tembus kealam lain ...
BalasPadam