Halaman

Khamis, Oktober 06, 2011

'BAJET GANJA', PAKATAN TERUS DALAM KHAYALAN!!!


Memang nampak gayanya, puak - puak Pakatan Pembangkang dah terlalu 'Overdose' dengan ganja gamaknya sampaikan apa yang dibuat pun semua dalam keadaan tak sedarkan diri.

Bila ditanya, semua yang direncanakan dalam 'Bajet Ganja' diorang tu, bagus - bagus belaka. Kiranya macam dah tak ada kecacatan la untuk dipertikaikan.

Malah menurut Si Rafizi Ramli, Pengarah Strategi PKR Pusat mengatakan, bantuan yang 'Bakal' diberikan tu tidak akan disalahgunakan oleh mereka.
Bantuan terus yang ditawarkan dalam bajet alternatif Pakatan Rakyat dijangka tidak akan membesarkan lagi bajet berjumlah RM220 bilion itu, menurut anggota jawatankuasanya.

Program bantuan berkenaan juga tidak akan disalahguna kerana ia disasarkan kepada kumpulan khusus dengan kriteria yang ketat, kata pengarah stretegi PKR, Rafizi Ramli.

Katanya, bantuan berkenaan – termasuk bayaran bonus kepada warga emas sebanyak RM1.7 bilion setahun dan kepada surirumah sebanyak RM2 bilion setahun – akan disasarkan kepada kumpulan yang benar-benar memerlukan bantuan.
Kalau ianya akan mengikut kriteria yang tertentu, kenapa sampai sekarang diorang masih tak melaksanakannya di Selangor?



Bukan baru hari ni diorang tabur janji nak bagi bantuan tersebut. Dah 3 tahun dah. Tapi masih tak berbuat - buat jugak.

Padahal bukannya Kerajaan Negeri Selangor tu tak de duit. Kalau nak dikirakan, diorang bayar cukai tahunan kepada Kerajaan Pusat pun sampai berbillion - billion.

Jadi tak timbul dah sama ada diorang kata tak mampu nak buat. Maka persoalan pokoknya, kenapa diorang tak buat?

Nampak sangat la yang diorang ni hanya sekadar tahu buat janji je. Tapi bila suruh dilaksana, satu Hapah pun diorang tak buat. 

Cakap pandai, buat kerja tak reti. Lepas tu, bagi alasan macam - macam. Kerja asyik nak menipu orang je kerjanya!!! Macam sial!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.