Bermakna, memang benar lah apa yang orang kata bahawa perjuangan hukum hudud yang dibawa oleh PAS hanya Politik semata - mata.
Diorang bukannya nak menegakkan sangat hukum Islam tu sebenarnya. Hanya sekadar nak melepaskan batuk ditangga je.
Kalau tidak, kenapa pulak Ketua Hakim Mahkamah Syariah Negeri Kelantan sendiri mengutuk tindakan diorang yang disifatkan sebagai tidak serius dalam memperjuangkan hukum tu?
Kata Datuk Daud Mohamad, Kerajaan PAS Kelantan sendiri tidak pernah serius untuk memberi penerangan kepada rakyat mengenai hukum tersebut.
Kata dia lagi, kempen dan pendidikan berterusan kepada rakyat sepatutnya dilakukan tanpa henti sejak Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) Kelantan diluluskan 1993 lagi.
Kerajaan Negeri Kelantan, tambah dia, tidak sepatutnya hanya bercakap sahaja mengenai hukum tersebut pada waktu-waktu tertentu sahaja.
"Kerajaan mungkin mengambil masa pada peringkat awal. Namun supaya benda ini tidak berlaku pertikaian atau pertentangan, eloklah beri penerangan dan penjelasan, tapi ini pun satu hal kerana dari 1993 sampai sekarang kita tidak dakwah betul-betul pun pasal hudud ini, tidak ada."Padahal kita boleh dakwah dengan pelbagai cara, dengan risalah dan macam-macam. Pegawai dakwah kita ramai, ia sepatutnya berterusan, jangan hanya tunggu masa-masa tertentu sahaja, orang akan pandang lain pula," katanya
Maka, persoalannya, adakah benar PAS ni nak melaksanakan hukum Hudud atau mereka hanya mempolitikkan sahaja isu tersebut agar mendapat sokongan rakyat?
Jadinya, adalah tidak wajar PAS menyalahkan orang lain dalam soal perlaksanaan hukum hudud ni sebenarnya. Mereka perlu melihat diri mereka sendiri terlebih dahulu.
Jangan kata pasal isu hukum hudud. Malah nak meningkatkan syariat Islam pun diorang tak buat. Ceramah pun semua pasal Politik. Mana ada pasal Islam pun!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.