Halaman

Sabtu, Oktober 08, 2011

DIORANG TAK NAK ELAUN TAMBAHAN!!!


Fuh!!! Kalau baca apa yang dicakapkan oleh Si Din Pudu dan Si Biawak Guan Eng ni, bukan main lagi. Diorang kata, elaun untuk ahli Parlimen ni tak diperlukan katanya.

KUALA LUMPUR, 7 Okt: Pakatan Rakyat sependapat elaun ahli Parlimen bukan keperluan utama untuk dinaikkan sebaliknya kerajaan harus menekankan integriti Parlimen itu sendiri. Mengulas belanjawan 2012 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak petang tadi, ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub berkata, kerajaan seharusnya menekankan aspek ketelusan Parlimen untuk memerangi salah tadbir negara.
"Elaun untuk ahli Parlimen bukanlah satu keutamaan yang perlu disegerakan tapi yang penting ialah integriti Parlimen, integriti untuk memerangi rasuah dan kelengkapan menyiapkan prasarana Parlimen itu lebih penting sekarang ini," kata beliau yang juga Naib Presiden PAS ketika ditemui di lobi Parlimen siang tadi. Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga ketua pembangkang pula berkata, bajet 2012 seharusnya lebih memfokuskan kepada kepentingan rakyat, bukan wakil rakyat.
"Bajet 2012, kita mahu ia lebih fokuskan kepada rakyat, bukan ahli Parlimen itu sendiri," katanya. Sementara itu, ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng berkata, sebaiknya elaun dan kemudahan kakitangan Parlimen ditingkatkan.
"Bukan masanya untuk tambah elaun ahli Parlimen sebaliknya lebih perlu tambah elaun staf dan pembantu Parlimen," katanya yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang.
Kalau kena gayanya, macam diorang tu baik sangat la konon. Kiranya, diorang tak kisah lansung pasal elaun tambahan ni.

Tapi, kita tengok je nanti apabila isu ini dibahaskan dalam sidang Dewan Rakyat yang akan datang. Adakah diorang akan bersetuju atau pun tidak.

Bukan apa. Kan blogger diorang dah kata tadi. YB dari Pakatan Pembangkang ni kebanyakkannya 'Kayu' belaka. Buat penat je pilih diorang jadi wakil rakyat.

Sebelum buat undian, itu tak kena, ini tak kena. Pendek kata, semua benda tak betul, semua benda serba tak kena. Tapi bila tiba bab mengundi, semua sokong belaka.

Jadi, Semut agak yakin yang isu ni pun hanya setakat cakap diorang je. Bila buat undian nanti, kita tengok la. Diorang sanggup atau tidak nak bantah.

Kalau betul diorang ni berjuang untuk rakyat, duit elaun sedia ada tu pun diorang pulang balik atau sedekahkan semuanya kepada golongan yang memerlukan. 

Ada la jugak faedahnya kepada rakyat. Bukan macam Si Ketua Penipu tu, buat bayar duit peguam - peguam dia je ke mahkamah!!! Perjuangan untuk rakyat menda kejadahnya macam tu!!!

3 ulasan:

  1. biasa lah dorang ni bro..drama je lebih..kerajaan baru cadangkan..belum nak laksana pun..

    dia punya pusing mcm perkara ni dah muktamad..keseluruhan bajet 2012 majoritinya membantu rakyat..

    cerita untuk ahli parlimen baru satu perenggan di no 116. tak ada sebut nilai atau jumlah kenaikannya pun..

    BalasPadam
  2. setakat bercakap ye tak bro? Bila dicabar suruh buat, mula la banyak alasan...

    Kalau dah namanya penipu tu, penipu la jugak!!!

    BalasPadam
  3. Bercakap tentang bab duit ni,siapa yang tak nak .mereka ni pura pura tak nak tapi hati didalam bagai digaru.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.