Wah!!! Ni apa kes ni? Pasal apa Si Mat Syabun Komunis Penipu ni beria - ia sangat nak buat kenduri untuk doktor ni? Kenduri kesyukuran sebab kepala lutut dia dah sembuh ke?
Rasanya, dia bukan buat kenduri untuk doktor yang membedah kepala lutut dia. Tapi, sebaliknya dia buat kenduri untuk doktor yang bedah tulang belakang Si Ketua Penipu tu.
Ini semuanya akibat satu kenyataan yang pernah dikeluarkan oleh Si Ketua Penipu tu sebelum ini dimana, Si Ketua Penipu tu pernah menyindir Si Mat Syabun ni.
Kata Si Ketua Penipu tu, dia mengucapkan terima kasih kepada Mat Syabun kerana berjaya menarik perhatian rakyat dengan isu sokongan kepada komunis yang ditimbulkannya.
Sekurang - kurangnya, kata Si Ketua Penipu tu, Mat Syabun telah membantu dia mengalih isu yang berkaitan dengan diri dia buat sementara waktu.
Tapi sekarang, setelah kes Si Ketua Penipu tu kembali ke mahkamah, maka kes pasal Mat Syabun ni pun hilang dan hampir dilupakan.
Walaupun hari tu, pihak Polis ada mengeluarkan kenyataan bahawa kes Si Mat Syabun menyokong Komunis tu akan dibawa ke mahkamah, tetapi ianya kurang dapat sambutan.
Nak pulak daripada kalangan media dan wartawan. Kita hampir terlupa lansung mengenai perkara tersebut.
Tambah pulak bila doktor yang membedah tulang belakang Si Ketua Penipu tu terkantoi dalam memberikan keterangan semalam.
Ianya membuatkan orang ramai lupa pasal isu dia menghina anggota keselamatan yang terkorban dalam tragedi Bukit Kepong dan mengangkat Komunis sebagai Hero.
Maka, tak heran la kalau dia beria - ia sangat nak buat kenduri untuk doktor yang merawat Si Ketua Penipu tu. Sekurang - kurangnya, rakyat dah lupa penghinaan yang dia buat.
Tapi nak buat macam mana. Dah dua - duanya sama je perangai. Dua - dua macam musibat belaka. Asyik nak menipu rakyat je!!! Macam dah tak de kerja lain!!! Ceit!!! Pigidah!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.