Halaman

Sabtu, Oktober 22, 2011

FUZIAH 'THORON' DITIKAM OLEH PAS PAHANG!!!


Terkedu sekejap bila Semut dengar berita ni. Tak sangka pulak PAS Pahang pernah tikam Si Fuziah Thoron ni dari belakang.

Ingatkan Si Fuziah 'Thoron' ni mendapat sokongan penuh daripada PAS Pahang berkaitan isu pembinaan kilang Lynas ni. Rupanya, diorang awal - awal lagi dah tau cerita sebenar.

Semut dimaklumkan yang PAS Pahang telah diberikan keterangan umum (Public Briefing) oleh pihak Syarikat Lyna pada 29 Julai 2009.

Dan dalam sesi penerangan itu juga, seluruh pimpina PAS Pusat bersetuju dengan pembinaan kilang tersebut. Sesi itu juga turut disertai oleh Pak Berahim sendiri.

Pemimpin PAS ni bukan sahaja dapat penjelasan daripada pihak Lynas sahaja. Diorang jugak turut mendapat penjelasan daripada orang yang membocorkan rahsia Si Fuziah.

Orang yang Semut maksudkan ialah Ahli Parlimen PAS Hulu Langat, Dr. Che Rosli. Maknanya, PAS Pahang dah tau apa yang Si Fuziah tu buat hanya memutar belitkan fakta.


Selepas penjelasan itu, tidak pernah sekali pun Tuan Sayed Lonik, ADUN PAS Berserah  membangkitkan isu itu dalam sidang dewan Negeri Pahang.

Bukan sekali, tetapi selepas LIMA (5) kali sidang dewan, tidak pernah sekali pun perkara tersebut dibangkitkan sehingga tragedi Fukushima terjadi.

pada ketika itulah Si Fuziah 'Thoron' ni memulakan kempen 'Reaktor'nya. Dan selebihnya adalah sejarah yang semua orang dah tahu sekarang.

Apa yang pasti, kemungkinan inilah diantara sebab kenapa PKR beria - ia nak rampas semula kawasan Indera Mahkota daripada tangan PAS.

Mungkin bagi mereka, PAS memang dah tak boleh diharapkan lagi. Jauh sekali nak membantu mereka dalam menangani isu ini. 

Atau adakah PAS juga turut sanggup menipu kepada rakyat sedangkan mereka dah tahu kedudukan sebenar? Kalau setakat Si Fuziah tu, tahan la jugak. Lagi pun dia bukan tahu buat kerja lain selain dari menipu rakyat je kerjanya!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.