Halaman

Khamis, Oktober 06, 2011

'KERABAT' MANA YANG KENA SIASAT???

- Gambar Hiasan -
Huh!!! Lain macam tajuk artikel ni. Ingatkan, golongan Kerabat ni kebal sangat dari undang - undang sehingga diorang terlepas dari membuat sebarang dakwaan.

Rupa - rupanya, tidak. Diorang pun masih perlu bertanggungjawab ke atas dakwaan dan tuduhan yang dibuat secara sewenang - wenangnya jugak.

Tapi, siapa suruh buat dakwaan yang bukan - bukan. Jadi sekarang, tanggung je la apa sahaja yang bakal menimpa diorang nanti. Jangan pulak nak salahkan orang lain. Dah diorang sendiri yang cari penyakit, siapa suruh!!!

PUTRAJAYA 5 Okt. - Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM) menggesa Kementerian Pertahanan menyiasat dakwaan Sekretariat Rangkaian Bekas Tentera (Kerabat) kononnya anggota tentera telah disuruh makan daging tidak halal semasa bertugas.
Ketua Penerangannya, Mohd. Jurit Ramli berkata, pihaknya berasa pelik mengapa dakwaan menjijikkan itu muncul sekarang dan bukan semasa pemimpin Kerabat yang membuat tuduhan itu berkhidmat dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Malah, tegas Setiausaha Gabungan NGO Malaysia itu, lebih menghairankan lagi ialah mengapa dakwaan tersebut tidak segera diadukan kepada Kor Agama Angkatan Tentera (Kagat) dan majlis agama Islam negeri.
"Saya juga bekas askar yang sepanjang pengetahuan saya tidak pernah pula menemui atau mendengar ada anggota tentera yang disuruh makan daging tidak halal.
"Dakwaan ini amat serius kerana ketika ini terdapat lebih 100,000 anggota tentera yang bertugas dan lebih 300,000 bekas tentera yang masih hidup.
"Kenyataan dangkal ini sudah tentu mengguris perasaan waris-waris mereka, justeru pemimpin Kerabat yang membuat dakwaan ini harus tanggung dosa setiap anggota tentera atau bekas tentera jika dakwaan ini tidak betul.
"Namun, betul atau tidak dakwaan ini, Kementerian Pertahanan perlu menyiasatnya dan menghadapkan mereka yang berniat jahat ini ke muka pengadilan," katanya kepada Utusan Malaysia, semalam.
Dakwaan mengenai isu itu dibuat oleh seorang pemimpin Kerabat dalam Himpunan Perdana: Perwira Negara Bersama Rakyat di Stadium Tertutup MPSJ Serdang Jaya, dekat ibu negara kelmarin.
 Ps: Liputan mengenai kes liwat Si Ketua Penipu tu akan disiarkan pukul 2 petang nanti.

2 ulasan:

  1. SENANG SENANG CAKAP TIDAK MENJAMIN SENANG SENANG KESENANGAN.

    BalasPadam
  2. Budak budak pun tahu bahawa kenyataan itu mempunyai agenda tersembunyi..tak lebih dari mengembalikan semula keyakinan / sokongan bekas bekas Perajurit & Polis yang keluar PR selepas mat sabu mencerca anggota keselamatan di BT KEPONG.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.