KUALA LUMPUR, 3 Okt — Datuk Seri Najib Razak dan isterinya bukan saksi relevan dan tidak dapat menyediakan keterangan penting dalam keterangan kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata peguam-peguam mereka hari ini.
Datuk Hisham Teh, salah seorang peguam yang mewakili Perdana Menteri dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor (gambar) berkata ketua pembangkang itu telah gagal menyediakan bukti kukuh bahawa mereka adalah saksi yang relevan.
Peguam itu berkata permohonan Anwar untuk memaksa Najib dan Rosmah untuk memberi keterangan hanya bertujuan “memancing” maklumat daripada mereka.
“Saya tidak boleh memberi keterangan yang relevan tentang apa yang dibawa oleh responden pertama (Anwar),” kata Hisham yang membacakan kandungan afidavit Najib.
Afidavit Rosmah juga mempunyai penjelasan yang sama.
“Bagaimanapun kami ingin berhujah bahawa pertemuan pada 24 Jun tiada neksus, tiada kaitan dengan insiden 26 Jun 2008.
“Responden pertama mahukan Perdana Menteri memberi penjelasan. Penjelasan, pengesahan mengenai apa yang berlaku pada 24 Jun tiada kaitan dengan tingkah laku utama... insiden pada 26 Jun, bukan sehari awal ataupun selepas itu,” kata Hisham.
Oleh itu kata beliau, mereka tidak ada hak perundangan untuk memanggil mana-mana orang yang tiada kaitan dan tiada relevan dengan tuduhan.
Ps: Apa nak pelik? Si Ketua Penipu tu memang suka buat kerja - kerja yang hilang akal macam ni. Bila orang kata bodoh, dia marah.
Orang suruh dia serahkan DNA dia kepada pihak Mahkamah untuk dibuat perbandingan dengan ujian yang dah dibuat sebelum ini.
Hanya tindakan itu sahaja yang dapat mengesahkan sama ianya sama atau tidak dengan DNA yang ditemui oleh Dr. Seah dalam rektum Mohd Saiful.
Tapi sampai hari ni dia tak berani nak ambik tindakan tersebut. Kenapa dia takut nak ambik tindakan tu sedangkan itulah bukti yang paling kukuh yang ada setakat ini?
Bila orang tanya kenapa dia tak nak serahkan DNA tu, macam - macam pulak alasan yang dia bagi. Kalau tak bodoh, apa lagi yang kita boleh katakan!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.