Kalau pagi tadi, Semut siarkan satu artikel mengenai ke'songeh'an puak - puak Pakatan Pembangkang Pahang dengan isu kunjung hormat Duta Amerika.
Kali ini, Semut dengar cerita MB Pahang ni buat hal lagi. Pagi tadi, katanya, MB Pahang telah bertemu pula dengan seorang lagi wakil dari luar Negara. Siapa yang dia jumpa?
Dia jumpa dengan Timbalan TYT Duta Besar Australia ke Malaysia, Ms. Jane Duke di Hotel Hyatt, Kuantan.
Pertemuan empat mata itu turut disertai oleh Setiausaha Politik YAB Menteri Besar Pahang bagi membincangkan mengenai isu - isu semasa.
Ms. Duke juga sempat bertukar - tukar fikiran dengan YAB Menteri Besar mengenai pembentangan Bajet yang bakal diadakan petang nanti.
Selain itu, Ms. Duke juga turut memaklumkan kepada MB Pahang ni mengenai isu pembinaan Kilang Lynas yang mana, ianya turut disokong oleh Kerajaan Australia sendiri.
Ps: Agak - agak, apa pulak yang puak - puak Pakatan pembangkang tu nak kata lepas ni ye? Adakah diorang akan buat muka tak malu dan berjumpa pulak dengan TYT ni?
Maklum la. Kita mana tau. Yang kita tau, puak - puak Pakatan Pembangkang ni memang jenis muka tak malu. Itu pasal la diorang suka buat kerja yang bukan - bukan!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.