Hah? Kenapa? Korang tak percaya yang MB Pahang ni pun turut membalun Bajet yang dibentangkan oleh YAB Perdana Menteri sebelum ini?
Apa, korang ingat puak - puak Pakatan Pembangkang yang Haramjadah tu je ke yang tau nak membalun pasal isu Bajet ni?
MB Pahang ni pun tak terkecuali jugak tau. Bajet ini, kata MB Pahang, sangat inklusif, bersifat bundar dan ke semua turut diambil kira.
Kalau dikaji satu persatu pun, tidak ada puak lansung yang golongan yang ketinggalan dalam mendapatkan manfaat serta faedah melalui pembentangan Bajet ni.
Malah, kata dia, ianya turut melibatkan golongan yang telah diperlekehkan oleh Timbalan Presiden PAS, Si Mat Syabun tu sebelum ini.
Kalau nak difikirkan, memang betul jugak apa yang dikatakan oleh MB Pahang ni. Pembangkang memang tak de idea nak mempertikaikan mengenai bajet ni.
Diorang nak kata yang Bajet ni sebagai Bajet Pilihan Raya? Wah!!! Kalau macam tu, semua bajet yang dibentangkan sebelum ni pun merupakan Bajet Pilihan Raya juga la.
Dalam erti kata lainnya, Pilihan Raya kita ni tiap - tiap tahun la ye? Sebab bajet dibentangkan hampir setiap tahun. Adakah itu yang dimaksudkan oleh puak Pakatan Pembangkang ni?
Hah!!! Kan dah tak pasal - pasal je diorang ni kena perli dengan MB Pahang disebabkan kebodohan diri diorang sendiri. Tak ke songeh jadinya?
Tapi memang betul pun. Diorang ni bukan tau buat benda lain selain daripada menipu rakyat je kerjanya!!! Nak membantu rakyat? Jangan harap la!!! Mati hidup semula pun belum tentu lagi!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.