Halaman

Ahad, Oktober 23, 2011

PAK TIMBALAN MENTERI YANG TAK GUNA BUDI BICARA!!!


Halahai, dah banyak kali dah rasanya orang komplen pasal Pak Timbalan Menteri ni. Dah banyak kali dah orang cakap dia ni menentang arus.

Tapi ada dia peduli? Ada dia kisah? Sekarang ni nak buat pulak lagi. Apa, dia ingat orang nak dengar ke cakap dia? 

Kata Pak Timbalan Menteri ni, UIAM tak guna budi bicara kerana mengenakan tindakan menggantung Si Aziz Bari tu.
KUALA LUMPUR, 22 Okt — Universiti Islam Antarabangsa (UIA) boleh mengeluarkan surat tunjuk sebab ke atas Prof Dr Abdul Aziz Baru berhubung kontroversi semasa tetapi tidak wajar menggantung tugas beliau sebagai pensyarah undang-undang, tegas timbalan menteri.
Selain digantung tugas beliau juga dilarang masuk kampus tanpa kebenaran bertulis pengurusan dan tidak dibenar berhubung dengan staf universiti atau sekutu bisnes UIA.
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah berkata, beliau berharap pengurusan UIA akan menarik balik penggantungan dikenakan ke atas Aziz sejak Rabu lalu.
“UIA patut guna budi bicara, boleh beri surat tunjuk sebab tanpa penggantungan,” kata beliau dalam kenyataan ketika dihubungi.
Saifuddin yang juga ahli Majlis Tertinggi Umno berkata, beliau menghormati autonomi universiti dan “saya setelah membaca surat tunjuk sebab dan laporan bertulis, saya kekal dengan kenyataan-kenyataan saya sebelum ini.”
Khamis lalu, Saifuddin berkata beliau sedih dan terganggu dengan perkembangan di UIA.
Katanya, kandungan surat tunjuk sebab yang dikeluarkan ke atas Aziz juga tidak sesuai.
“Menggunakan Seksyen 15(1), tidak menggunakan budi bicara yang baik.
“Memudaratkan? Tolonglah, kita universiti. Akibat gantung adalah memudaratkan,” katanya.
Saifuddin mengakui isu yang melibatkan adalah urusan dalaman universiti tetapi bertanya apakah ia bukan sebahagian daripada masyarakat dan “ini zaman media baru.”
Kata beliau, Aziz belum disabit kesalahan dan berharap penggantungan akan ditarik balik.
Saifuddin juga berharap pengurusan UIA tidak akan mengambil tindakan terhadap mahsiswa yang mengadakan demonstrasi semalam membantah tindakan ke atas Aziz.
Alo Pak Timbalan Menteri!!! UIAM hanya gantung dia bertugas untuk buat siasatan sahaja tau. Bukannya dia kena buang terus.

Benda macam tu pun Pak Timbalan Menteri tak boleh faham ke? Takkan la Pak Timbalan Menteri yang bijak pandai ni pun tak dapat tangkap benda tu?

Kiranya Si Aziz Bari ni bernasib baik lagi. Yang Dua orang Canselor serta pegawai - pegawai UNISEL tu macam mana pulak nasib mereka?

Pak Timbalan Menteri tak nak tolong bela nasib diorang ke sebab diorang dah terang - terang kena pecat dan dibuang kerja. TANPA SEBARANG SURAT TUNJUK SEBAB PUN!!!

Jadi, kalau Pak Timbalan Menteri nak bagi sebarang komen, JANGAN LA DOUBLE STANDARD!!! Cakap tu pun biar la pakai otak, JANGAN PAKAI KEPALA LUTUT!!!

3 ulasan:

  1. kene la hormat kuasa autonomi yang diberikan kepada pihak universiti. nama pun kuasa autonomi..tak paham kut?..kalau nak jugak campur tangan maka lantik je diri sendiri jadi ahlul lembaga pengarah universiti..lepas tu pergi la bagi pendapat doposen kat situ..hormati lah autonomi dunia akademia

    BalasPadam
  2. bukan jadi ahlul lembaga pengarah, tapi bahlul boleh kut untuk dia ni. tengok muka pun rasa nak lempang je

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.