Ini pun satu persoalan yang menarik untuk kita kaji semula. Apa yang misteri sangat dengan Si Mohd Najwan ni sebenarnya?
Nak kata dia seorang saksi yang relevan? Tak jugak sebab keterangan dia semalam tidak menjurus kepada kes yang sedang dihadapi oleh Si Ketua Penipu tu.
Malah dalam keterangan dia semalam pun, tak menafikan bahawa Si Ketua Penipu tu pernah 'membalun' Mohd Saiful.
Jadi, apa yang relevannya dengan 'Saksi Misteri' ni? Dia dipanggil untuk memberi keterangan semalam pun tak sampai sejam.
Apa yang dia nyatakan pun hanya sekadar memberitahu mahkamah bahawa dia kenal dengan Mohd Saiful. Itu sahaja. Apa relevannya keterangan tu?
Cuma, apa yang dia buat semalam hanya menimbulkan lebih banyak persoalan dikalangan rakyat sama ada Si Ketua Penipu tu buat atau tidak kerja haramjadah tu sebenarnya.
Mari kita ikuti beberapa persoalan yang timbul berikutan kenyataan dari 'Saksi Misteri' ni semalam yang turut disiarkan oleh AIDC ni:
Apalah sangat yang misteri jika saksi yang dikatakan ‘misteri’ adalah seorang petugas di Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor. Pelik? Misteri? Tak ada yang misteri; sekiranya semua ini boleh diatur dengan transaksi yang mencukupi dan punya masa depan.Apakah statement Najwan Ali, staff Anwar sendiri, boleh digunapakai sebagai saksi yang hebat dan tidak mempunyai weaknesses dan kelemahan? Anwar memang sudah terdesak.Apakah mahkamah wajar mengambil semua ‘cerita’ Najwan sebagai sesuatu yang benar?Apakah ini satu lagi kaedah Anwar menimbulkan syak kepada karakter Saiful – sedang yang menjadi persoalan rakyat adalah kaedah AIR MANI Anwar dapat terselit dan berselirat di dubur mangsa sodomi itu? Apakah semua ini mampu Najwan Ali jawab kepada mahkamah?Duit dan wang rakyat Selangor sekali lagi digunapakai oleh Anwar untuk kepentingan diri sendiri. Pejabat Penasihat Ekonomi membayar harga yang mahal untuk keterangan Najwan Ali. Berapa? Ada yang kata mencecah ratusan ribu ringgit. Ini semua diusahakan dengan menggunakan dana Negeri Selangor? Apakah ini tidak ada satu pembaziran? Apakah ini sesuatu yang telus dan transparen?Deretan email Najwan kepada Anwar tidak mampu membuktikan apa-apa? Atau pada hakikatnya Najwan juga cemburu dan menaruh harapan mendapat layanan yang sama seperti Saiful? Apakah Najwan cemburu kerana Anwar selalu membelikan seluar dalam berjenama kepada Saiful? Atau Najwan berasa cemburu kerana Anwar sering membawa Saiful ke Hong Kong, Singapura dan sebagainya – hanya sebagai ‘coffee boy’?
Ps: Pada pandangan Semut, kemunculan Si Mohd Najwan ni sebenarnya hanya 'gimik' semata - mata. Tak de yang lebih dari itu.
Apa yang menarik ialah dia hanya merujuk kepada Si Anugay tu sebagai 'Anwar' sahaja sedangkan orang lain merujuk kepada Si Ketua Penipu tu sebagai 'Datuk Seri'.
Ini menunjukkan bahawa Si Najwan ni ada hubungan 'istimewa' dengan Si Ketua Penipu tu lebih daripada hubungan 'Profesional' yang dinyatakan semalam.
Nampak gayanya kes Si Ketua Penipu ni dah jadi macam drama telemovie yang biasa keluar kat TV pulak. Ada watak 'Misteri' untuk tarik perhatian penonton.
Dia tak tau dengan kemunculan watak 'Misteri' tu lagi banyak menimbulkan kebencian orang gamaknya. Itu pun dia tak sedar ke?
Dah jelas sebenarnya Si Ketua Penipu ni dalam keadaan terdesak dan tertekan sekarang ni. Semua saksi dia tak boleh harap belaka. Itulah. Siapa suruh dia menipu orang. Kan dah kena batang hidung sendiri. Padan Muka Dia!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.