Bila Semut baca artikel dibawah, memang sah la puak - puak Parti Angguk Saja di Pulau Pinang ni jenis orang yang tak sedar diri.
Diorang seolah -olah tak boleh nak mengakui bahawa parti diorang tu hanya merupakan parti sandaran sahaja jika hendak dibandingkan dengan parti lain.
Nak pulak kalau nak dibandingkan dengan parti DAPigs dan PKR. Lagi la jauhnya kedudukan diorang sebenarnya.
Nak kata mengenai sokongan rakyat terhadap parti tu pun dah semakin berkurangan. Dalam erti kata lainnya, dah tak laku lagi dah.
PAS dah jadi sebuah parti yang tak relevan. Malah dikalangan ahli - ahli PAS sendiri pun dah semakin ramai yang hilang kepercayaan mereka terhadap parti tersebut.
Tambah pulak bila diorang nak gugurkan perjuangan Negara Islam. Lagi la ahli diorang hilang kepercayaan terhadap hala tuju parti tersebut.
Maka sebab itulah isu Hukum Hudud dibangkitkan semula demi untuk manarik sokongan ahli mereka sendiri kepada parti tersebut.
Nak kata diorang betul - betul memperjuangkan Islam? Silap besar la. Diorang buat semua benda tu hanya demi kepentingan Politik semata - mata. Bukan untuk syiar Islam.
Jadi, tak salah kalau kita kata, apa yang dikatakan oleh Mujahid Rawa ni hanya mimpi disiang hari sahaja sebenarnya.
Sedangkan sekarang pun PAS dah tak diberi sebarang kedudukan dalam negeri. Inikan pulak dimasa akan datang. Nak jadi Exco Agama pun tak dapat. Lagi pulak nak diberikan lebih impak??? Ceh!!! Pigidah!!!
Tidak ramai yang sedar bahawa PAS bermula di Pulau Pinang, - dan kerana itu, parti Islam itu memilih Kepala Batas untuk menyambut ulangtahunnya ke-60, kata Ahli Parlimen Parit Buntar, Mujahid Yusuf Rawa.
Katanya, majlis itu adalah "bersejarah" kerana parti tersebut berhasrat memberi impak lebih besar di negeri tersebut, walaupun ia kini hanya mempunyai dua kerusi - satu kerusi parlimen dan satu kerusi negeri, Permatang Pasir.
Beliau bagaimanapun tidak komited sama ada parti itu akan bertanding lebih banyak kerusi di Pulau Pinang dalam pilihan raya umum akan datang, yang boleh diadakan seawal November atau tahun depan.
Mujahid (kanan) yang juga ahli jawatankuasa pusat PAS berkata, kongres tersebut akan memberi tumpuan kepada isu dan cabaran yang dihadapi parti itu selama ini ketika ia berdepan dengan usaha "penjenamaan semula" supaya boleh diterima semua rakyat Malaysia.
"Adalah penting rakyat Pulau Pinang tahu sejarah PAS dan bagaimana parti itu bermula di negeri ini," katanya kepada Malaysiakini, ketika ditemui di Seberang Perai, malam tadi.
Ps: Setakat suruh rakyat tahu sejarah diorang je buat apa. Tahu sejarah pun dah cukup untuk menegakkan Islam? Perjuangan menda kejadahnya kalau macam tu!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.