Perbicaraan kes liwat Si Ketua Penipu terhadap Bekas Pembantu Khasnya, Mohd Saiful bersambung lagi hari ini.
DG Lim Kong Boon dari Unit Forensik di Jabatan Kimia dipanggil untuk memberikan keterangan dikandang saksi.
Peguam Pembela, Karpal Singh bertanya, di Jabatan manakah Lim berkhidmat pada sekitar tahun 2005 yang lalu?
Lim menjelaskan pada tahun 2005, dia merupakan Ketua Jabatan Jenayah Berat. Sekarang, katanya, dia mengetuai Unit Forensik yang menerima akreditasi pada tahun 2005.
Ramkarpal kemudian bertanya sama ada akreditasi yang baru sudah diterima atau tidak oleh pihak Jabatan Kimia pada Ogos 2010.
Jelas Lim, akreditasi baru masih belum diterima tetapi permohonan baru sudah dibuat dan ianya masih didalam proses. Sehingga kini, Unit tersebut bergantung kepada akreditasi lama.
Lim juga menyatakan bahawa makmal Unit Forensik telah diberikan tundaan bagi menggunakan akreditasi yang lama buat kali ketiga.
Lim kemudian meninggalkan kandang saksi selepas ditanya mengenai qualifikasi Jabatan dibawah kendaliannya oleh Peguam Pendakwa.
Mohd Yusof memohon kepada Hakim Mahkamah agar pihak pembelaan menjelaskan mengenai saksi seterusnya dan mengapa ianya relevan kepada kes ini.
Identiti saksi seterusnya masih lagi dirahsiakan sehingga kini. Mahkamah berhenti rehat seketika sementara pihak Pendakwaan serta Pembelaan dipanggil ke kamar Hakim.
Bersambung lagi...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.