Gambar diatas merupakan gambar seorang lagi 'Awang Import' yang bakal muncul didalam Mahkamah Persekutuan esok.
Dr. Thomas Hoogland merupakan diantara doktor sakit tulang belakang yang cukup dikenali di Negara Jerman dengan gelaran 'Miracle Doctor'.
Hakikatnya, gelaran itu merupakan sindiran rakyat Jerman kepada Dr. Hoogland yang pernah menyebabkan kematian akibat kecuaiannya sendiri.
Maka misteri 'percutian' secara beramai - ramai pemimpin Pakatan Pembangkang di Selangor boleh dikatakan adalah bertujuan untuk mengayat Dr. Hoogland jadi saksi nanti.
Apakah helah atau taktik yang akan digunakan oleh Si Ketua Penipu tu dengan membawa Dr. Hoogland ni? Adakah dia nak kaitkan dengan sakit 'Anu'nya?
Sebelum itu, meh kita baca serba sedikit latar belakang Dr. Hoogland yang pernah disiarkan didalam blog AIDC sebelum ini:
AIDCNews – 03/10/11 – “Klinik Apha, Munich, Jerman sudah muflis kerana salah tadbir urus dan skandal seks”, lapor blog The Unspinners.blogspot.com.“Punca Alpha Klinik ditutup adalah kerana ramai pelanggan telah lari meninggalkan mereka ekoran terlalu banyak kes bayaran yang terlampau mahal hingga tidak masuk akal, kecuaian (negligent) dalam rawatan dan termasuk juga rakan doktor Hoogland,Horst Dekker yang telah mencabul jururawat beliau sendiri”, katanya.
Macam mana? Adakah Dr. Hoogland ni mampu untuk menjadi saksi yang kuat bagi Si Ketua Penipu tu untuk melepaskan diri dari kes ini nanti?
Selain itu, Dr. Thomas Hoogland ni jugak katanya memang mempunyai rekod melepaskan diri dari setiap tuduhan yang pernah dihadapinya.
Apa yang menariknya telah keluar di suatu forum, yang mana mereka yang ingin memfailkan saman terhadap Thomas Hoogland tidak berani lagi menyaman kerana doktor itu sudah tahu dan biasa dengan cara melepaskan diri daripada saman terhadapnya. Klik sini.
Dalam erti kata lainnya, Si Ketua Penipu tu MUNGKIN nak mempelajari ilmu yang dimiliki oleh Dr. Thomas Hoogland ni kot.
Maklum la, dia sekarang dalam keadaan terdesak. Taktik yang dia guna sebelum ini semuanya memakan diri dia sendiri.
Jadi, mana la tau. Kot - kot Dr. Thomas Hoogland ni boleh membantu dia keluar dari masalah yang sedang dihadapi sekarang ni ye tak. Tapi, siapa suruh dia cari penyakit? Sekarang dah susah. Padan Muka Dia!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.