Halaman

Jumaat, Disember 23, 2011

KHIR TOYO TAK BERSALAH KATA ANUGAY!!!

"...No! That is not fair! He's not guilty like me..."

Kalau diikutkan keputusan hakim di mahkamah hari ni, bekas Menteri Besar Selangor tu tak bersalah dan tidak sepatutnya dikenakan sebarang hukuman.

Sebab, menurut kata Si Ketua Penipu tu, sistem kehakiman di Malaysia ni tak adil dan selalu berat sebelah. Nak pulak kalau ianya melibatkan pemimpin tertentu.

Sama macam kes saman Si Biawak Guan Eng tu terhadap Utusan Malaysia. Pun sama jugak. Utusan tak perlu dikenakan sebarang hukuman dan tindakan.

Perkara tersebut dinyatakan bila soalan ditanya oleh wartawan kepada Si Ketua Penipu tu berkenaan dengan pembelaan dia dalam kes liwat terhadap Mohd Saiful sebelum ini.

Kata Si Ketua Penipu tu, dia tak nak angkat sumpah sebab dengan cara dia duduk dalam kandang tertuduh maka dia berpeluang untuk mengkritik sistem kehakiman Negara.

Maka bagi dia, apa sahaja keputusan yang dikeluarkan oleh mahkamah adalah tidak adil, termasuk la keputusan yang berkaitan dengan Khir Toyo ni. Takkan dia rasa dia je yang tak bersalah kot? Itu tak adil namanya!!!

SHAH ALAM 23 Dis. - Bekas Menteri Besar Selangor, Dr. Mohamad Khir Toyo didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini terhadap tuduhan mendapatkan untuk dirinya dan isteri hartanah bernilai RM6.5 juta dengan harga RM3.5 juta di Seksyen 7 di sini, empat tahun lalu.

Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki memutuskan demikian selepas berpuas hati bahawa tertuduh gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap pertuduhan itu.

Mohamad Khir melalui peguamnya diberi peluang untuk mengemukakan rayuan bagi meringankan hukuman.

Mohamad Khir, 46, dituduh mendapatkan untuk diri dan isteri, Zahrah Kechik, 46, dua lot tanah dan sebuah rumah di No. 8 & 10, Jalan Suasa 7/1L di sini, daripada Ditamas Sdn. Bhd. melalui pengarahnya, Shamsuddin Hayroni.Perbuatan itu didakwa dilakukan dalam keadaan Dr. Mohamad Khir mengetahui bahawa Shamsuddin mempunyai hubungan dengan tugas rasmi beliau sebagai Menteri Besar Selangor pada ketika itu. - UTUSAN

Published with Blogger-droid v2.0.2

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.